Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ..

Assalamualalaikum w.b.t…

Salam Penuh Kasih Sayang Buat Pengunjung Laman Al’Faatih Wal’Khaatim…Sebelum meneruskan Bicara, Seribu Kemaafan di pohonkan kerana telah lama membiarkan laman ini tidak di update..Ingin sekali meneruskan usaha Arwah Admin [Mohd Khalis Mohd Kamal] dalam mengisi laman ini dengan ilmu2 yang bermanfaat..Namun, terlalu susah untuk diungkapkan dengan kata2 kenapa ianya tidak terjadi..!

Akan tetapi, sedang dalam usaha mencari seseorang yang ingin sama2 menambah saham akhiratnya dengan menjadi Penulis laman ini..dengan ini ,ana sebagai pemegang amanah laman ini memohon kepada sesiapa yg sudi menjadi penulis utama laman ini @ pun ada cadangan bagaimana untuk meneruskan usaha Arwah melalui medium ini, pandangan anda sangat2 dialukan..

Sebelum mengakhiri warkah bicara tanpa suara ini, ana mahu sertakan bersama Wasiat akhir yg ana masih simpan dari arwah & baru ada kekuatan untuk melaksanakannya..semoga arwah sentiasa memaafkan diri ini..!

Arwah minta ana masukkan entry ni dalam 2 bulan sebelum beliau di jemput kembali..

~~ Perkara yang diharamkan semasa edah wafat bagi isteri ~~

1) bersolek
2) memakai hiasan seperti rantai, gelang dan lain-lain di waktu siang
3) memakai wangian pada badan, pakaian
4) memakai celak di waktu siang
5) keluar rumah kecuali darurat dan hajat seperti mencari nafkah

Semoga ianya dapat memberi manfaat buat semua..semasa entry ini diberikan & diminta arwah untuk dimasukkan ke blog nya, ana terpaksa abaikan kerana sedikit pelik timbul di hati..! namun, Janji Allah itu Pasti..! ini kerana arwah sudah mengerti yg dirinya tidak akan lama lagi di dunia yang bakal fana’ ini..Al'Fatihah Buat Arwah yang sedang menanti kita di sana..Wallahua’lam..

Al’Faqiirah WalHaqiirah Ilallah..

~Lu’Lu’ Qalbie Al’Huda~

http://alhabibwalmahbub.blogspot.com/

0 Responses