Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket
Free Image Hosting

Selawat 2

Kelebihan Selawat 2

Penulis bersama Sayyidi..

Risalah kali ini adalah muqaddimah yang ditulis oleh Sayyidi As-Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi di dalam kitab Sayyidush Sholawat yang saya naqalkan dan terjemahkan ke bahasa Melayu untuk manfaat kita bersama.

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِالْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ.

وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Segala puji bagi Allah yang membuka daripada kunhil ghoibakan tampalan kaa-inaat. Dan menjadikan asal kunhi itu dan timbulnya akan Nur Hakikat Sayyidina Muhammad. Maka adalah Nur Hakikat Sayyidina Muhammad itu asalMaujudaat. Maka mengada daripada Maujudaat dengan KekuatanNya yang bangsaQudsi dan KalamNya yang bangsaAzali, fitrah semula jadi anak Adam. Dan menjadikan rangka fitrah anak Adam rupa alam dan mengajarkan anak Adam akanAsma’ sekeliannya. Dan menjadikan anak Adam daripada sekelian ciptaanNyasebagai rumusanNya dan pilihanNya. Maka bagiNyapujian bahawa telah menjadikan akan Nabi yang terpilih sebagai salinan asal yang sempurna lagi agung bagi semata-mata tiada dan ada. Dan telah membuka atas kedua tangan Rasulullah itu khazanah-khazanah yangkamilahbagi kemuliaan dan kemurahan.

Dan aku bersaksi bahawa tiadaTuhan melainkan Allah yang satu pada zatNya, yang satu pada Asma’Nya dan SifatNya. Dan aku bersaksi bahawa Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam hambaNya dan utusanNya yang dimuliakan dan kekasihNya yang diagungkan dan NurNya yangMutholsamdan jalanNya yang sempurna yang lurus. Telah berselawatlah olehAllahatasnya dan atas keluarganya yang suci lagi terpilih dan pencinta Rasulullah dari golongan yang baik-baik dan begitu juga telah sejahteralah dengan sebenar-benar sejahtera.

Dan selepas itu, maka ketahuilah wahai penggemar pada hendak sampai kepada hadrat Tuan bagi segala Tuanbahawa pintu hadrat itu satu jua, iaitu kasih akanNabi yang suka bertaubatShollallahu Alaihi Wasallam Wa Jumlatil Ali Wal Ashhab.

Telah berkata Hujjatul Islam Mujaddidul Millah As-Syeikh Abd Wahhab As-Sya’rani As-Syafie Al-Alawiy Radhiyallahu Anhudalam Kitab Lawaqi-’ul Anwar al-Qudsiyyah fil ‘Uhuudil Muhammadiyah :

Ketahui wahai saudaraku bahawa jalan untuk sampai ke hadratAllah Subhanahu Wa Taala daripada jalan berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam adalah sedekat-dekat jalan kepada Allah.”

Dan telah berkata olehnya lagiRadhiyallahu Anhu pada tempat yang lain.

Maka jika membanyak oleh engkau daripada berselawat dan bersalam atasnyaShollallahu Alaihi Wasallam boleh jadi engkau sampai kepada maqam melihat Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam. Dan iaitulah cara yang dibawa oleh as-Syeikh Nuruddin as-Syuuni danSyeikh Ahmad az-Zawawi danas-Syeikh Muhammad bin Daud al-Manzalaawi dan satu kelompok daripada syeikh-syeikh sezaman. Maka berkekalanlah setiap daripada mereka berselawat atasRasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan membersih oleh mereka daripada segala dosa(yakni berselawat) sehingga berhimpun bersamaRasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam secaraYaqozhoh pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dan sesiapa yang tidak berhasil baginya akan pertemuan ini (berhimpun bersamaRasulullah) maka adalah dia hingga sekarang ini (masa tidak bertemu lagi) tidak memperbanyakkan membaca selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam akan sebagai banyak yang dituntut bagi menghasilkan baginya maqam ini.”

Dan telah berkata Ibnu Farhun al-Qurthubi al-Maliki Radhiyallahu Anhu :

Sesungguhnya pada selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam ada 10 karomah:-

  1. Yang terbesar dapat selawat daripada Raja Yang Maha Gagah.
  2. Mendapat syafaat Sayyidina Muhammad.
  3. Mengikut sunnah Malaikat.
  4. Menyalahi orang-orang Munafik dan Kuffar.
  5. Memadamkan kesalahan dan dosa.
  6. Membantu menunaikan hajat dan permintaan.
  7. Menyinari zahir dan batin.
  8. Kejayaan dari negeri kebinasaan.
  9. Memasuki negeri yang kekal abadi.
  10. Ucapan selamat dari Allah.”

Dan telah berkata as-Syeikh al-Hadhrami Radhiyallahu Anhu:

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallamsatu tangga, tempat naik, dan jalan kepadaAllah Taala sekiranya tiada bagi Tholib itu Syeikh yang Mursyid.”

Dan telah berkata anak muridnya al-Wali al-Kamil Sayyidi Ahmad Zuruq al-Maliki Radhiyallahu Anhu tuan al-Qowa-idush Shufiah :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallammengangkat semangat orang yang sedang berhadap jika adalah orang itu pada maqam yang terumbang-ambing kerana bahawasanya menyebut selawat itu Nur danHidayah.”

Dan telah berkata al-Allamah al-Kamil al-Wali al-Washil as-Syeikh as-Sunusi Radhiyallahu Anhu :

Sesiapa tiada Syeikh yang Mursyid maka memperbanyaklah oleh dia daripada selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam. Maka sesungguhnya selawat itu menyampaikan kepada pembukaan yang nyata.”

Dan telah berkata Syeikhul Islam al-Hafidz Ibnu Hajar :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallammembuka kimia kejayaan akan beberapa pintu yang tidak boleh dibuka oleh yang lainnya.”

Dan terdapat di dalam Bughyatus Saalik bagi Imam as-Saahili Radhiyallahu Anhu:

Bahawa diantara sebesar-besar hasil dan sebaik-baik faedah yang diusahakan dengan selawat atasnyaShollallahu Alaihi Wasallam

ialah tercetak gambar (wajah)Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallampada diri seseorang itu akan sebagai cetakan yang lekat yang berakar umbi. Dan untuk demikian itu akan menghasilkan – dengan syarat mengekali atas berselawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam dengan tujuan yang ikhlas serta mengikut syarat-syarat, adab-adab dan memahami makna-makna hingga tetaplah pada seseorang itu di dalam batinnya akan sebagai tetap yang benar lagi suci – cantuman nafas orang yang berselawat dengan nafasSayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan bermesra-mesra diantara keduanya pada tempat yang dekat dan suci akan sebagai mesra yang dengan sekira-kira tidak dapat dibezakan lagi. Maka seseorang itu beserta sesiapa yang disayanginya.”

Cukuplah setakat ini kami jernihkan segala kekeruhan yang ada yang kami pindahkan daripada perkataan orang-orang yang baik-baik. Maka sesungguhnya tiada kemampuan atas hendak menceritakan kesemua keterangan mengenai perkara ini.

Dan telah memindah sekelompok orang-orang yangMuhaqqiqdaripada Jumhur Arifin yang Muta-akkhirin Radhiyallahu Anhum:

Bahawa ibu selawat dan puncanya dan ruhnya dan rahsianya, selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah dan masyhur diantara manusia dengan Selawat al-Fatih. Dan mengisyaratkan kepadanya di sisi pemimpinal-Arifin dengan pembukaanHakikat Muhammadiyyah. Dan orang yang pertama menimbulkannya ialah al-Qutbil al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ pada basmalah di dalam 2000 majlis,Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu. Maka sesungguhnya telah bertawajjuh olehnya kepadaAllah selama 40 tahun memohon bahawa diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat. Maka datanglah Malaikat dengan cebisan kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih. Dan telah berkata olehnya Radhiyallahu Anhu :Sesiapa yang membacanya sekali seumur hidup padahal memasuki ia akan neraka maka peganglah tangan aku di hadapan Allah.”

Dan telah berkata padaSelawat Fatih oleh Umbi Kasturi dan Bulan Purnama al-Qutbil Maktum wal-Khatmil Muhammadiyyil Maklum Sayyidi Ahmad At-Tijani al-Hasani Radhiyallahu Anhu Wa Ardhohu Wa ‘Anna Bihi, memindah dariSayyidil Wujud Shollallahu Alaihi Wasallam :

Sesungguhnya khasiat Selawat Fatih Lima Ughliq perkara yang bangsaKetuhanan yang tidak ada jalan untuk diterima akal. Maka jika engkau andaikan ada 100 000 umat, pada setiap umat ada 100 000kabilah, pada setiap kabilah ada 100 000lelaki, hidup setiap seorang daripada mereka 100 000tahunmenyebut setiap seorang daripada mereka setiap hari 100 000selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallamdaripada selawat yang lain, dan dihimpun pahala mereka kesemuanya pada selawat yang tersebut itu, tidaklah dapat menandingi sekelian pahala itu dengan satu pahala daripada Selawat Fatih.”

Maka jangan peduli pembohongan orang yang suka berbohong serta suka mencari keburukan pada Selawat Fatih. Maka sesungguhnya kelebihan itu di tangan Allah. Memberi olehNyakepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala satu kelebihan yang keluar dari ruanganQiyas.

Dan semoga Allah mengganjari daripada kita penulis tulisan ini (Sayyidish-Sholawat), ar-Rabbani al-Allamah al-Muhaqqiq keturunan Syarif As-Sayyid Kiyai Fauzan al-Jawa at-Tijani al-Muntahi yang dinasabkan kepada Sunan Ampel Radhiyallahu Anhu dan kepadaMaulana Syahid Karbalak Husain Alaihis Salam. Maka sangat baik dan bermanfaat dan terang maksud pada mensyarahkan Selawat al-Yaqutahyang tersebut.

Meminta kepada Allah dengan kehormatan kunci Hadrah Kemulian dan Kemurahan

Sayyidina Muhammad yang merupakan pasak dan punca setiap yang ada bahawa membuka bagi kita dan sahabat-sahabat kita Futuh Selawat Fatih. Dan melempar akan kita pada martabat Selawat Fatih yangBatin dan martabatnya yangBatinul Batin iaitulah pembukaan Ismul A’azhomyang khas yang tersimpan padaIsmul A’azhom itu kehebatan nama Allah yang Agung lagi Diagungkan lagi yang Lebih Agung danNabiNya yang Terpilih dan Terlebih Mulia.

Dan telah berselawat oleh Allah atas Sayyidina Muhammad Al-Fatih Lima Ughliq al-Khatim dan atas Keluarganya sesuai dengan martabat dan tingkatannya yang agung. Telah menulis muqaddimah kitab ini oleh Penjenayah yang Menuntun Ekor as-Syeikh at-Tijani, Ahmad Al-Hadi al-Hasani al-Maghribi yang menetap di Jitra, Kedah Darulaman pada Romadhon yang Mu’azzhom 1430H.

Aku Tinggalkan Bikini Kerana Islam


Sara Bokker, dahulunya adalah seorang aktres, model, pelatihfitness dan seorang aktivis. Kini beliau adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasasGlobal Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery.

Sebelum memeluk Islam, beliau juga seperti gadis-gadis lain di Barat yang berpakaian mendedahkan aurat, hidup bebas walaupun sering mengalami konflik jiwa. Setelah disapa hidayah dan memeluk Islam, beliau terus berubah sehingga tidak berkesanggupan lagi menanggalkan pakaian sempurna yang menutup aurat. Kehidupannya masa lalu adalah kehidupan penuh hina dan keaiban. Cahaya Islam yang menyelebungi hidupnya kini menyebabkan beliau benar-benar kenal diri, kenalPenciptanya dan tahu batasan-batasan dalam hidup seperti yang digariskan dalam Islam untuk dipatuhi.

Lebih jauh dari itu, beliau sendiri pula yang turut berjuang dalam hidup untuk menyedarkan para wanita lain agar berpakaian menutup aurat, memerangi dakyah jahat musuh-musuh Islam dalam hal berpakaian terhadap wanita, tingkah laku sebenar kaum wanita yang perlu dijaga selalu supaya tidak diperbodohkan sebarang pihak agar beroleh kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Ikutilah pengakuan ikhlas beliau sendiri seperti yang disiarkan dalam web www.marchforjustice.com.

Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lainnya dan terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai selatan Miami, di sebuah tempat popular bagi pencari kehidupan glamour.

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang selalu dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya memerhatikan penampilan fizikal dan daya tarikanku, mengukur nilai reputasiku dan banyaknya perhatian orang lain padaku.

Aku berolahraga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut dan menjadi pengunjung setia pantai yang suka mempamerkan tubuhserta Berjaya mecapai taraf kehidupan yang penuh bergaya dan berkelas.

Tahun-tahun yang lalu kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tingginya aku menggunakan daya tarikan kewanitaanku. Ketika itu, aku sesungguhnya menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Aku sesungguhnya telah menjadi tawanan kerana kehendakku sendiri.

Di celah-celah kekosongan antara kepuasan diri dan gaya hidup makin melebar maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku mengambil arak dan pesta-pesta, dengan mengikuti meditasi, menjadi aktivis, dan belajar kepercayaan-kepercayaan alternatif dengan tujuan agar celah-celah kekosonganku itu terisi dengan berbagai aktiviti.

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu hanya sepertiubat pelali sahaja yang sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.

Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas kejadian serangan berterusan pada Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam dan adanya pengisytiharan negatif mengenaiAktivis Salib Baru, aku terpanggil untuk mulai memperhatikan suatu ajaran bernama Islam.

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti khemah, tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas.

Sebagai aktivis pembebasan wanita dan sebagai orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pandang bulu.

Kemudian aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.

Sekarang, kegiatan harianku sudah sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara berpilih, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya makna semua yang dicipta Allah adalah setaraf. Tetapi yang sangat penting aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dalam penciptaan.

Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran dan kemudian minatku terbangkit lebih dalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan penciptaan itu sendiri.

Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebutIslam, yang membawa aku hidup damai sebagai Muslim yang memberi manfaat.

Aku membeli sebuah gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian Muslimah dan dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.

Walaupun masyarakat, wajah dan mall semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya aku berasa suatu kedamaian yang sangat berlainan berbanding dahulu.

Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar bebas sebebas-bebasnya. Sangat menyenangkan kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.

Dari semua tempat itu, aku menemui Islamku tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai pusat skandal di bumi, bagaimanapun membuat semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.

Walaupun bahagia dengan Hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai Niqab (penutup muka), kerana melihat ramaiMuslimah yang mengenakannya. Aku bertanya kepada suamiku yang juga seorang Muslim, yang bernikah denganku setelah aku menjadi Muslimah, apakah aku boleh mengenakan Niqabatau cukup dengan Hijabku yang sekarang yang kukenakan?

Dengan selamba suamiku mengatakan bahawa dia percaya bahawa Hijab adalah sebuah kewajipan, namun tidak denganNiqab. Ketika itu, Hijabku terdiri daripada penutup kepala yang menutupi seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar yang disebut sebagai Abayayang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.

Satu setengah tahun berlalu, aku mengatakan kepada suamiku bahawa aku ingin mengenakan Niqab. Alasanku kali ini bahawa aku berasa lebih menyenangkan
Allah Yang Maha Pencipta, dan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup.

Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli Isdaal, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan Niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

Tidak lama media mulai memberitakan tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang Hijab, apalagi Niqab, yang bagi orang lain tampak sebagai bentuk yang sangat kejam terhadap wanita, juga dianggap gangguan dalam pergaulan. Baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai tanda-tanda kemunduran.

Aku menganggap kemunafikan besar sedang berlaku apabila beberapa pemerintah Barat dan juga kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak-hak wanita. Seketika beberapa pemerintah negara lainnya memaksa penggunaan peraturan berpakaian yang tertentu untuk wanita.

Sekalipun begitu, Pejuang Kebebasan melihat sisi lainnya ketika wanita kehilangan hak-haknya, tidak dapat bekerja,belajar, hanya kerana memilih untuk menggunakan haknya untuk mengenakan Niqab atau Hijab.

Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan Hijab atau Niqab untuk keluar bekerja dan mendapat pendidikan di sekolah atau universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morokko dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.

Ketika ini, aku masih tetap menjadi aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis wanita Muslim yang menyeru para Muslimahuntuk mengambil tanggung jawab mereka memberi dokongan semampunya kepada suami agar menjadi Muslim yang baik,membesarkan anak-anak mereka agar menjadi Muslim yangjujur dan bertanggung jawab sehingga mungkin nanti dapat menjadi cahaya untuk kemanusiaan.

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patutmemperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan Niqabatau Hijab demi menyenangkan Yang Maha Pencipta, apapun yang kita pilih.

Juga penting, untuk membahagi pengalaman memakai Niqabatau Hijab kepada rakan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakanNiqab atau Hijab bagi kita dan alasan-alasan kita sehingga dengan penuh cinta, kita memeluknya.

Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan Niqabadalah muallaf Barat, sebahagian dari mereka bahkan belum berkahwin. Yang lain mengenakan Niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.

Apa yang umumnya kita miliki adalah bahawa semua itu adalah pilihan peribadi setiap orang atau pilihan masing-masing, yang tidak satupun dari kita yang ingin untuk menyerahnya.

Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gayaberpakaian minima sehinggalah tanpa pakaian langsungsecara virtual dalam setiap bentuk komunikasi dimanapun di dunia ini.

Sebagai seorang bekas non-Muslim, aku tetap menuntu hak-hak wanita yang sama-sama mengetahui mengenai Hijab,kebaikan-kebaikannya dan kedamaian serta kebahagianyang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi kepadaku.

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang sesungguhnya membebaskanku dari kepercayaan-kepercayaanku dan sebagai manusia biasa.

Tiada apa lagi yang lebih menggembirakanku kerana telahmenanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptakudan menikmati hidup di antara teman-teman sesama manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu adalah alasanku untuk memilih mengenakan Niqab dan bersedia mati membela hakku yang tak mungkin dicabut untuk mengenakannya.

Hari ini, Niqab adalah simbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.

Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai Hijab, aku boleh berkata, “Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri…”

Kepada penguasa peradaban yang rasuah dan sentiasa didalam keadaan rugi, juga kepada para aktivis palsu, aku mahu berkata, “Teruskanlah