Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket
Free Image Hosting


Aurat Wanita Dan Etika Berpakaian


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian Alam. Selawat dan Salam atas Penghulu kami Sayyidina Muhammad SAW dan keluargaNya dan Sahabat-SahabatNya dan ke atas sesiapa yang mengikuti jalanNya. Adapun selepas itu,

Maka setelah diminta oleh sahabat kami bahawa kami tuliskan dan keluarkan ayat-ayat Quran serta Hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan aurat wanita serta Etika pemakaiannya maka setelah direnung-renung, eloklah kami susunkan sekadar yang kami mampu. Kami mohon kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk mengerjakan thoaat dan meninggalkan maksiat.


Makna Aurat

Aurat = كل ما يجب ستره أو يحرم النظر إليه - فقه المنهج

"Setiap yang wajib ditutup atau setiap yang haram dipandang kepadanya."


Aurat Wanita :-

  1. Di dalam Solat =

    Setiap anggota melainkan muka dan dua tapak tangan.


    يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ ) سورة الأعراف: 31

    31. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ الْحَائِضِ إِلَّا بِخِمَارٍ - الترمذى


"Daripada Aisyah katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW, Tidak diterima solat orang yang haid(yang sudah baligh) melainkan dengan bertudung." - At-Tirmidzi.


  1. Di Luar Solat =


    1. Sesama Wanita Muslimat = Antara pusat dan lutut


    2. Sesama Wanita Kafir = Setiap anggota melainkan anggota yang zahir ketika bekerja.


    3. Dengan Lelaki Ajnabi = Sekelian tubuhnya - Sullamu Sibyan. Dan terdapat dalam kitab Fiqh Al-Manhaji bahawa haram lelaki melihat anggota yang terbuka daripadanya, begitu juga hukumnya terhadap wanita.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ( النور30)

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا ( الأحزاب53)


53. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.



  1. Dengan Lelaki Mahramnya = Antara pusat dengan lutut dengan syarat jika aman daripada fitnah - Fiqh al-Manhaji.


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31 النور)

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.



Uzur-Uzur Yang Mengharuskan Membuka Aurat


  1. Ketika Khutbah Untuk Bernikah, maka harus melihat kepada muka dan dua tapak tangan.


  2. Ketika Menjadi Saksi atau Bermuamalah.


  3. Ketika Berubat, dengan kadar hajat dan dengan syarat diiringi oleh mahram

    atau suami dan tiada perawat perempuan.


عَنْ جَابِرٍ
أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحِجَامَةِ فَأَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجُمَهَا - مسلم


"Daripada Jabir, bahawa adalah Ummu Salamah meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam. Maka menyuruh Rasulullah SAW akan Abu Thoiyyab bahawa membekaminya."


Nota Tambahan


Hikmah di suruh berhijab adalah untuk memelihara hati daripada segala nafsu yang jahat. Sayyidina Umar RA pernah menulis surat kepada penduduk Kufah dengan katanya :


علموا نسائكم سورة النور

"Ajarlah perempuan-perempuan kamu akan surah An-Nur."


Saidatina Aisyah pernah berkata :


علموا نسائكم سورة النور والغزل

"Ajarlah perempuan-perempuan kamu surah An-Nur dan kasih sayang kepada suami."


قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنْ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ - البخارى


"Telah berkata Abu Hurairah : Daripada Nabi SAW, Sesungguhnya Allah SWT telah menulis pahala atas anak Adam yang memelihara dirinya daripada zina. Dapatkanlah pahala tersebut, Tiada kesukaran padanya. Maka zina mata itu ialah memandang (perkara yang diharamkan), dan zina lisan itu berkata-kata(perkara yang diharamkan), dan nafsu mengharap dan mengdambakan(perkara-perkara tersebut). Dan Faraj membenarkan(perbuatan) zina itu atau sebaliknya."

عن حذيفة ، رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « النظرة سهم من سهام إبليس مسمومة فمن تركها من خوف الله أثابه جل وعز إيمانا يجد حلاوته في قلبه »- المستدرك على الصحيحين للحاكم, معجم الكبير للطبرانى


"Daripada Huzaifah RA. Telah berkata Rasulullah SAW, pandangan adalah panahan beracun daripada panahan-panahan iblis. Maka sesiapa yang meninggalkan panahan tersebut kerana takutkan Allah SWT, memberi pahala oleh Allah Jalla wa Azza akan iman yang terdapat kemanisan dalam hatinya."


Muhimmatun



وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31 النور)

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


Sebab turunnya ayat ini adalah kerana pada masa itu wanita memakai tudung tetapi mereka membiarkan / lepaskan ke punggung hingga menampakkan leher dan telinga. Maka Allah SWT memerintahkan supaya menutupnya hingga ke dada. - Al-Fiqhul Mar-ah, Muhammada 'Athiyyah Khumais.


حَدَّثَنَا الْحَارِثُ بن الْحَارِثِ الْغَامِدِيُّ ، قَالَ : قُلْتُ لأَبِي : مَا هَذِهِ الْجَمَاعَةُ ؟ قَالَ : هَؤُلاءِ الْقَوْمُ قَدِ اجْتَمَعُوا عَلَى صَابِئٍ لَهُمْ ، قَالَ : فَنَزَلْنَا فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو النَّاسَ إِلَى تَوْحِيدِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالإِيمَانِ بِهِ ، وَهُمْ يَرُدُّونَ عَلَيْهِ وَيُؤْذُونَهُ ، حَتَّى انْتَصَفَ النَّهَارُ وَانْصَدَعَ عَنْهُ النَّاسُ ، وَأَقْبَلَتِ امْرَأَةٌ قَدْ بَدَا نَحْرُهَا تَحْمِلُ قَدَحًا وَمِنْدِيلا ، فَتَنَاوَلَهُ مِنْهَا وَشَرِبَ وَتَوَضَّأَ ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ ، وَقَالَ : " يَا بنيَّةُ خَمِّرِي عَلَيْكِ نَحْرَكِ ، وَلا تَخَافِي عَلَى أَبِيكِ " ، قُلْنَا : مَنْ هَذِهِ ؟ قَالُوا : زَيْنَبُ بنتُهُ. - المعجم الكبير للطبرانى


"Telah mengkhabarkan kami oleh Al-Harits bin Al-Harits Al-Ghomidi katanya, aku telah bertanya kepada bapaku(ketika di Mina), Jemaah apakah ini? Katanya, ini adalah kelompok yang adalah mereka keluar daripada agama nenek moyang mereka. Lalu kami hampiri mereka ketika Rasulullah SAW sedang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah Azza Wa Jalla dan beriman dengannya. Padahal mereka menolak seruan Rasulullah SAW itu dan menyakitinya. Apabila sudah tengahari, ramai orang yang beredar daripadanya, datang seorang wanita kepada Rasulullah dengan leher terbuka membawa mangkuk dan sapu tangan, maka meminum oleh Rasulullah SAW daripadanya dan berwudhuk, kemudian mengangkat kepalaNya seraya berkata : Hai anakKu! Tutupkanlah tudungmu ke lehermu, dan jangan engkau takut akan bapamu terhina dan kalah. Aku (Al-Harits) bertanya, siapakah perempuan itu? Jawab mereka, dia Zainab, anak perempuan Muhammada bin Abdullah."



فقالت عائشة : إن لنساء قريش لفضلا ، وإني والله ما رأيت أفضل من نساء الأنصار أشد تصديقا بكتاب الله ، ولا إيمانا بالتنزيل لقد أنزلت سورة النور ( وليضربن بخمرهن على جيوبهن ) انقلب رجالهن إليهن يتلون عليهن ما أنزل إليهن فيها ، ويتلو الرجل على امرأته وابنته وأخته ، وعلى كل ذي قرابته ، ما منهن امرأة إلا قامت إلى مرطها المرحل فاعتجرت به تصديقا وإيمانا بما أنزل الله من كتابه ، فأصبحن يصلين وراء رسول الله صلى الله عليه وسلم الصبح معتجرات كأن على رءوسهن الغربان. - تفسير ابن أبى حاتم

"Daripada Sayyidah Aisyah RA katanya : Sesungguhnya bagi para wanita Quraisy adalah wanita yang utama. Sesungguhnya aku, demi Allah! Tidaklah yang lebih utama daripada wanita-wanita Ansar yang kuat membenarkan kitab Allah SWT. Tatkala turunnya ayat 31 daripada surah An-Nur, kaum lelaki mereka segera pulang dan membacakan ayati itu kepada kaum wanita. setiap lelaki membacakan ayta itu kepaa isterinya, anak perempuannya, saudara perempuannya dan kaum kerabatnya, maka tiada seorang pun di antara wanita-wanita itu melainkan mereka mengambil selimut yan biasa dipakai dalam perjalanan lalu dililitkan di kepala kerana patuh dan beriman dengan ayat yang diturunkan Allah dalam kitabNya. Maka setelah tiba waktu Subuh, mereka bersolat Subuh berjamaah di belakang Rasulullah SAW hal keadaan mereka itu memakai penutup kepala berwarna hitam, seolah-olah seperti burung-burung gagak sedang bertenggek di atas kepala mereka."


Etika berpakaian


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31 النور)

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ ) سورة الأعراف: 31

31. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (59)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Makna Jilbab

Jilbab = pakaian yang menutup seluruh tubuh.


  1. Menutup seluruh tubuh.
  2. وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31 النور)
  3. 31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


  4. Tiada perhiasan pada pakaian.

    وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآَتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (33 الأحزاب)

    33. dan hendaklah kamu tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).


    Berkata Imam Az-Zahabi dalam Al-Kabair :

    Diantara perbuatan terkutuk yang dilakukan wanita ialah menampakkan perhiasan emas dan permata, memakai wangian, memakai pakaian berwarna-warni, memakai baju luar yang licin dan panjang/labuh yang berlebih-lebihan.



عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ - صحيح البخارى

"Daripada Imran bin Hushoin, daripada Nabi SAW, telah bersabda ia : Aku menoleh ke syurga maka aku melihat ramai ahlinya adalah gologan fuqarak dan aku menoleh ke neraka maka aku dapati kebanyakan ahlinya adalah wanita."


  1. Menggunakan kain yang tebal yang tidak tembus pandang.

    Menutup tubuh dengan kain yang nipis dan tembus pandang menambahkan lagi bencana bagi pemakainya.


عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ
اسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ مَاذَا أُنْزِلَ اللَّيْلَةَ مِنْ الْفِتَنِ وَمَاذَا فُتِحَ مِنْ الْخَزَائِنِ أَيْقِظُوا صَوَاحِبَاتِ الْحُجَرِ فَرُبَّ كَاسِيَةٍ فِي الدُّنْيَا عَارِيَةٍ فِي الْآخِرَةِ - صحيح البخارى

"Daripada Ummu Salamah : Telah terjaga Nabi SAW pada malam hari. Maka bersabda Baginda SAW. Subhanallah! Kenapa diturunkan malam yang penuh fitnah. Dan kenapakah dibuka pintu khazanah? Mengapa penghuni kamar terbangun? Alangkah banyaknya wanita berpakaian di dunia tetapi telanjang bulat di akhirat."


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بن عَيَّاشِ بن عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، سَمِعْتُ عِيسَى بن هِلالٍ الصَّدَفِيَّ، وَأَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ الْخَطْمِيَّ، ابْنَ يَزِيدَ الْحُبُلِيَّ،، يَقُولانِ: سَمِعْنَا عَبْدَ اللَّهِ بن عَمْرٍو، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:"سَيَكُونُ آخِرُ أُمَّتِي نِسَاءً كَاسِيَاتٍ عَارِيَاتٍ عَلَى رُؤُسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ، الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ" - المعجم الكبير للطبرانى

"Daripada Abdullah bin 'Ayyasy bin 'Abbas Al-Qityani, telah berkata bapaku, aku(bapa 'Ayyasy) telah mendengar 'Isa bin Hilal As-Shodafi dan dan Abu Abd Rahman bin Abdullah Al-Khathmi bin Yazid Al-Hubuli, berkata mereka berdua, kami mendengar Abdullah b Amru berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW berkata : Akan datang pada akhir zaman daripada umatku peremuan yang bertelanjang tanpa berpakaian. Sanggul mereka diangkat tinggi seperti bonggol unta. Kutuklah mereka sesungguhnya mereka golongan terkutuk."


عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ أَبِي عَلْقَمَةَ عَنْ أُمِّهِ أَنَّهَا قَالَتْ دَخَلَتْ حَفْصَةُ بِنْتُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَلَى عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَعَلَى حَفْصَةَ خِمَارٌ رَقِيقٌ فَشَقَّتْهُ عَائِشَةُ وَكَسَتْهَا خِمَارًا كَثِيفًا - موطاء مالك

"Daripada 'Alqomah bin Abi 'Alqomah daripada ibunya, bahawasanya telah berkata ibunya : Telah datang Hafshoh binti Abd Rahman kepada Aisyah isteri Nabi SAW. Dan di atas kepala Hafshoh tudung yang nipis. Maka mengoyak akan tudung tersebut oleh Aisyah dan memakai akan Hafshoh oleh Aisyah tudung yang tebal.


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ - سنن أبى داود

"Daripada Aisyah RA, adalah Asma' binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dan dia berpakaian yang nipis. Maka berpaling daripadanya oleh Rasulullah SAW seraya berkata, Wahai Asma', sesungguhnya perempuan apabila sudah cukup umur tidak aman bahawa dilihat daripadanya melainkan ini dan ini. Dan mengisyaratkan oleh Rasulullah SAW kepada muka dan dua tapak tangan.



  1. Lapang/Luas tidak ketat atau sendat


عَنِ ابْنِ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ أَنَّ أَبَاهُ أُسَامَةَ قَالَ
كَسَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُبْطِيَّةً كَثِيفَةً كَانَتْ مِمَّا أَهْدَاهَا دِحْيَةُ الْكَلْبِيُّ فَكَسَوْتُهَا امْرَأَتِي فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا لَكَ لَمْ تَلْبَسْ الْقُبْطِيَّةَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَسَوْتُهَا امْرَأَتِي فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْهَا فَلْتَجْعَلْ تَحْتَهَا غِلَالَةً إِنِّي أَخَافُ أَنْ تَصِفَ حَجْمَ عِظَامِهَا - مسند أحمد

"Daripada Ibnu Usamah bin Zaid bahawa bapanya Usamah berkata, Telah memberitahu akan daku oleh Rasulullah SAW pakaian tenunan Qubthiyyah (Mesir) dari bahan yang nipis. Telah menghadiahkan ia oleh Dihyah Al-Kalbi untuk baginda SAW. Lalu aku berikan kepada isteriku, maka berkata Baginda SAW bagiku, Kenapa tidak memakai baju Qubti itu. Aku berkata, Wahai Rasulullah SAW aku telah memberitahu isteriku. Maka berkata Rasulullah SAW bagiku Suruh olehmu akan dia maka buatkan dibawahnya lapisan gaun, sesungguhnya aku risau bahawa ternampak/terbayang akan tubuhnya."


عن أبي يزيد المزني قال : كان عمر ينهى النساء عن لبس القباطي فقالوا : إنه لا يشف ، فقال : إلا يشف فإنه يصف. - مصنف ابن أبى شيبة

"Daripada Abu Yazid Al-Muzni berkata : Adalah Umar RA melarang perempuan daripada memakai pakaian Qubthi. Katanya : Sesungguhnya ia tidak nipis tetapi membayangkan bentuk tubuh."


  1. Tidak Menyerupai Pakaian Lelaki

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ الْمَرْأَةِ وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ - سنن أبى داود

"Daripada Abu Hurairah RA berkata ia. Melaknat oleh Rasulullah SAW akan lelaki yang memaki pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki."


عن عبد الله بن عمرو فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِالرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ وَلَا مَنْ تَشَبَّهَ بِالنِّسَاءِ مِنْ الرِّجَالِ - مسند أحمد

"Daripada Abdullah b Amru, maka telah berkata ia, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Tidaklah dari kami sesiapa yang menyerupai lelaki dari golongan wanita dan tidak juga sesiapa yang menyerupai wanita dari golongan lelaki."


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ - صحيح البخارى

"Daripada Ibnu Abbas katanya, Telah melaknat oleh Nabi SAW akan orang yang menyerupai wanita daripada lelaki dan yang menyerupai lelaki daripada wanita. Dan katanya, maka keluarkanlah mereka daripada rumah-rumah kamu."


Syahdan

Hukum memakai seluar panjang bagi wanita adalah seperti berikut :-

  1. Haram secara mutlak.
  2. Harus jika tidak ketat dan tidak ingin menyerupai lelaki.


Telah berkata Imam Sya'rani didalam kitabnya Kasful Ghummah : Jangan berpakaian seperti Ahli Kitab, suruhlah wanita kamu memakai seluar panjang.


  1. Tidak Menyerupai Orang Kafir

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ - سنن أبى داود

"Daripada Ibnu Umar katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, sesiapa menyerupai sesuatu kaum maka adalah ia daripada mereka."


عن أبي كريمة قال : سمعت علي بن أبي طالب ، وهو يخطب على منبر الكوفة ، وهو يقول : يا أيها الناس ، إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : « إياكم ولباس الرهبان ، فإنه من ترهب أو تشبه فليس مني » - المعجم الأوسط للطبرانى

"Daripada Ikrimah katanya : Aku mendengar Ali b Abi Tholib sedangkan dia sedang berkhutbah di atas minbar di Kufah, katanya : Wahai Manusia, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Janganlah memakai pakaian pendeta, Maka sesungguhnya sesiapa yang berpakaian atau menyerupai pakaian mereka adalah bukan dari golonganku."

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَخْبَرَهُ قَالَ
رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيَّ ثَوْبَيْنِ مُعَصْفَرَيْنِ فَقَالَ إِنَّ هَذِهِ مِنْ ثِيَابِ الْكُفَّارِ فَلَا تَلْبَسْهَا - صحيح مسلم

"Bahawasa Abdullah bin Amru bin Ash menkhabarkan, telah melihat Rasulullah SAW atasku akan dua helai baju yang bergambar burung. Maka bersabda Baginda, Sesungguhnya ini adalah daripada pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya."


  1. Bukan Pakaian Untuk Bermegah-Megah atau Menunjuk-Nunjuk

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ - سنن ابن ماجه

"Daripada Ibnu Umar RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW. Sesiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata (pakaian kebesaran atau pakaian kemegahan), maka memakai oleh Allah akannya pada hari Kiamat pakaian kehinaan."


Berkata Ibnu Atsir :

Asy-Syahrah الشهرة = kemasyhuran atau mempamerkan suatu pakaian yang sudah terkenal di kalangan orang ramai akan ciri-ciri tertentu hingga menarik perhatian ramai sampai timbul sifat angkuh dan sombong.


Dan bermula Selawat dan Salam atas Rasulullah SAW, dan atas KeluargaNya serta SahabatNya. Dan bermula segala puji itu tertentu bagi Allah SWT.


Sila Klik Di Bawah Ini Untuk Format PDF.

Nota Mengenai Martabat Tujuan Hati

Oleh : Mohd Khalis Mohd Kamal


مَرَاتِبُ الْقَصْدِ خَمْسٌ هَاجِسٌ ذَكَرُوا # فَخَاطِرٌ فَحَدِيثُ النَّفْسِ فَاسْتَمِعًا

يَلِـيهِ هَـمٌّ فَـعَزْمٌ كُلُّهَا رُفِعَتْ # سِوَى الْأَخِيرُ فَـفِيهِ الْأَخْذُ قَدْ وَقَعًا


Martabat-martabat tujuan hati/matlamat hati (قصد ) ada lima :-

1. هاجس = ragu-ragu/obsession. Perkara yang dicampak dalam hati padahal tidak kekal lama

2. خاطر = khuatir/volition. Perkara yang dicampak dalam hati dan kekal
satu ketika

3. حديث النفسي = cakap-cakap hati/monolog. Perkara yang dicampak dalam hati dan kekal beberapa ketika

4. همّ = angan-angan/wish. Kehendak hati akan sesuatu serta teguh samada hendak buat atau tidak

5. عزم = cita-cita yang kuat/determination. Kehendak hati akan sesuatu serta muktamad dengan sesuatu itu dengan sekira-kira tentu kejap atasnya

6. نية = tujuan. Kehendak hati akan sesuatu serta muktamad bahkan menyertai kehendak hati itu dengan perbuatannya. Ini ditambah oleh guru kepada guru kami Pak Dael.-Tuan Guru Haji Saleh Sik.


Contoh :-

  • Masuk waktu asar. Maka terlintas dalam hati kita sudah masuk waktu asar dan kita pun sama berat antara mahu sembahyang atau tidak, ataupun kita pilih mahu sembahyang tetapi dalam keadaan endah tak endah saja. Kemudian kita lupalah kata kita nak sembahyang. Ini dikatakan hajis.

  • Kemudian kita buat kerja lain, maka terlintas pula sudah masuk asar dan kita mahu sembahyang. Selepas satu ketika hilang pula. Ini dikatakan khatir.

  • Kemudian kita buat kerja lagi, maka sekali lagi terlintas. Kita pun buat kerja serta mengingatkan dalam hati bahawa sudah masuk waktu dan nak sembahyang secara berulang-ulang kali. Ini dikatakan hadis an-nafsi.

  • Kemudian kita teruskan kerja sambil menetapkan bahawa kita hendak pergi sembahyang dan hendak menghentikan kerja kita itu. Ini dikatakan hamm.
  • Seterusnya kita hentikan kerja dan berjalan ke tempat sembahyang untuk solah asar. Ini dikatakan azam.

  • Apabila berdiri di tikar sembahyang untuk solah asar serta mengangkat takbirotul ihrom tambahan pula sedar kata kita dalam keadaan sembahyang fardhu asar. Maka inilah niat.


Contoh lain :-

  • Terlintas dalam hati kita kata hendak beri zakat. Kemudian hilang kehendak kita itu. Ini hajis.

  • Terlintas lagi kata hendak beri zakat dan kekal sebentar kemudian hilang pula. Ini khatir.

  • Terlintas sekali lagi keinginan kita hendak beri zakat dan kekal lama sedikit dari yang tadi(hati kita duduk berkata-kata hendak beri zakat), kemudian hilang lagi. Ini hadis an-nafsi.
  • Kita putuskan kata hendak beri zakat tanpa tindakan. Ini hamm.

  • Kita putuskan kata hendak beri zakat serta melakukan tindakan seperti berjalan ke tempat beri zakat atau mengambil benda zakat atau lainnya. Ini azam.

  • Kita angkat beri benda zakat kepada asnafnya serta sedar bahawa kita dalam keadaan sedang memberi zakat. Ini niat.


Kesimpulannya, niat itu tiada berhuruf atau bersuara tetapi diri mahu dan sedar akan sesuatu perbuatan. Itulah dinamakan niat. Jika berkata-berkata dalam hati sahaja aku sembahyang fardhu zohor maka itu hadis an-nafsi bukanlah niat. Jika putus hati hendak sembahyang itu pun bukan niat tetapi hamm. Jika terlintas dalam hati hendak sembahyang serta ingat beberapa ketika pun bukannya niat tapi khatir. Jika terlintas semata-mata hendak sembahyang pun bukan niat tetapi hajis.

والله أعلم بالصواب


Peringkat-peringkat keyakinan ada 4 peringkat :-


  1. وهم = salah anggap/illusion/false impression. Keyakinan kurang daripada 25% serta dalil kuat sebelah lawannya.
  2. وسوس = syak/scruple. Keyakinan kita 50% percaya – 50% tidak percaya.

  1. ظن = kuat sangka/most probably. Keyakinan melebihi daripada 75% serta ada dalil yang menguatkannya
  2. يقين = pasti/definite. Keyakinan 100% serta berlaku sungguh perkara itu


Contohnya :-

  • Rakan kita memberitahu kepada kita bahawa pakaian kita tadi kena najis. Maka hati kita berasa gundah-gulana,samada ada atau tiada. Ini dikatakan was-was.
  • Kemudian kita lihat tempat di baju kita yang didakwa kena najis itu, maka tiada ‘ain najis tetapi ada baunya sahaja. Oleh itu, kita kata baju ini kena najis bahkan ia mutanajjis. Maka ini dikatakan zhon. Dalilnya ialah bau najis yang terdapat di baju. Sekiranya tiada bau najis, ‘ain, warna, dan rasa najis maka kita tidak boleh kata zhon bahkan itu hanyalah was-was yang didatangkan oleh syaiton. Apabila kita zhon kata pakaian kita kena najis, maka kita waham kata pakaian kita bersih.

  • Adapun rakan kita yang memberitahu kita bahawa dia melihat pakaian kita terkena najis itu sewaktu kucing kencing ke atas baju kita itu, maka itu dikatakan yaqin. Yakni melihat sendiri kejadian itu berlaku bukanlah mengetahui kejadian itu dengan dalil semata, ataupun bukanlah mendengar dakwa orang lain, bahkan ia sendiri yang mengalaminya.


Kesimpulannya, tidak soh zhon melainkan dengan dalil. Tidak soh yaqin melainkan nampak sungguh atau dengar sungguh atau berlaku sungguh perkara itu dihadapan kita.


Kaedah fiqh mengatakan yaqin tidak boleh dihilangkan dengan sebab ragu. Seperti kita berasa ragu pada rakaat solah maghrib adakah yang ke-2 atau yang ke-3. Maka yang ragunya yang ke-3, yang yaqinnya yang ke-2, maka ambil yang kedua.


Kaedah ini juga boleh dinamakan dengan tiap-tiap syak kembali kepada asal. Seperti asalnya kita berwudhuk, kemudian datang syak adakah masih kekal wudhuk kita atau sudah batal. Maka kembali kepada asal iaitu, masih kekal dan tidak batal.


والله سبحانه وتعالى أعلم


Perbahasan mengenai Hadas & Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Berhadas


بسم الله الرحمن الرحيم


Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul. Dan atas keluarganya dan sahabatnya keseluruhannya. Adapun selepas itu,


Ini adalah sedikit nukilan bagi memudah saudara-saudari dalam memahami permasalahan kita ini. Sekiranya terdapat salah dan silap mohon diperbetulkan. Menulis saya akan nukilan ini walaupun bukanlah saya ahli dan mahir dalam bidang ini, hanya gatal-gatal tangan sahaja kerana ingin berkongsi ilmu jua.


Makna hadas :-


Bahasa = sesuatu yang menghalang

Syarak = suatu perkara yang berdiri di atas anggota yang menegah daripada sah sembahyang dan perkara yang pada hukum sembahyang, sekira-kira tidak dimudahkan. – Al-Fiqhul Manhaji


Pembahagian hadas :-


1) Hadas Kecil

2) Hadas Pertengahan

3) Hadas Besar


1) Hadas Kecil = yakni sedikit perkara yang haram dengan sebab ia. Iaitulah tiada air sembahyang.


Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas kecil :-


  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.

2) Hadas Pertengahan = yakni kurang daripada perkara yang haram dengan sebab hadas besar dan lebih daripada perkara yang haram dengan sebab hadas kecil. Iaitulah berjunub dan beranak.


Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas pertengahan :-


  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.
  6. Membaca suatu daripada Al-Quran.
  7. Berhenti di dalam masjid.
  8. Lalu – lalang / mundar – mandir di dalam masjid.

3) Hadas Besar = yakni banyak perkara yang haram dengan sebab ia, melebihi kedua – dua hadas di atas. Iaitulah haid dan nifas.


Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas besar :-


  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.
  6. Membaca suatu daripada Al-Quran.
  7. Berhenti di dalam masjid.
  8. Lalu – lalang / mundar – mandir di dalam masjid.
  9. Wathi.

10. Niat puasa sebelum cukup waktu berhenti darah.

11. Mubasyarah.

12. Di talak.

13. Mandi wajib.

14. Tayammum.


Soalan : Bolehkah seseorang yang sedang haid membaca Al-Quran semata-mata?


Jawapan : Haram ke atas orang yang haid membaca sesuatu daripada Al-Quran dengan sekira-kira diqasadkan bahawasanya bacaannya itu daripada Al-Quran.


Tetapi bacaan di dalam hati (monolog) atau mengisyarat oleh seorang yang bisu yang memberi faham akan Al-Quran maka tiada haram.


Termasuk juga didalam kata bukan daripada Al-Quran itu seperti memperbetulkan kesalahan, doa, mengambil berkat, dan mengajar. – Bughyah Al-Mustarsyidin


Tersebut didalam Bughyatu Tholibin muka surat 48 : Adapun jikalau tiada mengqasad akan suatu; seperti berlaku lidahnya dengan tiada qasad, atau qasad akan zikir semata-mata; tiada haram kerana bahawasanya tiada yang dinamakan Al-Quran itu melainkan dengan diqasadkan dia.


Wallahu a’alam.


Saya harap nukilan ini dapat membantu saudara-saudari memahami masalah ini. Dan telah berselawat oleh Allah keatas penghulu kita Muhammad. Dan keatas keluarganya dan sahabatnya. Dan sejahtera juga atas mereka. Walhamdu lillahi rabbil alamin.