Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket
Free Image Hosting

Usul Tafsir 1

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين فهو رب العرش العظيم الذى يُصلّ على النبى. والصلاة والسلام محقق على رسول الله صلى الله عليه وسلم حق قدره ومقدره العظيم, وعلى آله أطهار وأصحاب الأخيار.

وقال الله تعالى : لِكُلِّ شَىْءٍ سَبَبَ. أما بعد,

Alhamdulillah, sebanyak-banyak pujian buat Allah SWT yang telah mentaufikkan saya untuk menulis berkaitan asbabun nuzul,cabang daripada ilmu usul tafsir atau ulum tafsir atau madkhal tafsir.

Selawat dan salam juga kepada Sayyidina Muhammad SAW yang menyampai Al-Quran kepada kita sebagai petunjuk ke jalan yang benar.

In sya Allah saya akan menulis tajuk ini secara bersiri. Tidak ditetapkan pula nak tulis seminggu sekali atau sebulan sekali atau setiap hari...hehe Jadi lebih tepatnya bergantung kepada keadaan dan masa serta taufik daripada Allah SWT.

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi perlu kita fahami bahawa ayat Quran ada dua jenis :-

  1. Diturunkan daripada Allah SWT sebagai permulaan yang tidak berhubung kait dengan suatu sebab pun daripada beberapa sebab yang khas. Hanya sanya adalah ia sebagai petunjuk yang tulin untuk makhluk kepada yang sebenar. Iaitulah banyak sekali, tidak berhajat kepada perbahasan dan penerangan.
  2. Diturunkan berhubung kait dengan sebab daripada sebab-sebab yang khas. Iaitulah tajuk bahasan kita sekarang. Tidaklah kita kehendaki bahawa membincangkan kesemua ayat yang datang dengan sebab. Maka demikian itu hasrat yang tinggi.

Sesungguhnya telah mengutus baginya ramai ulamak yang mengkhususkan tajuk ini dengan tulisan-tulisan mereka. Sebahagiannya :-

  1. Ali bin Al-Madini, guru Imam Bukhari.
  2. Al-Wahidi.
  3. Al-Ja'abari.
  4. Ibnu Hajar.
  5. As-Suyuthi, yang menempatkan pada kitabnya yang lengkap "Lubabun Nuzul fi Asbabun Nuzul".

Kita mulakan dengan.....

Makna Asbabun Nuzul :

  • Asbabun أسباب = sebab, jamak daripada perkataan sababun سبب.
  • An-Nuzul النزول = turun,penurunan daripada perkataan nazala نزل.


  • Asbabaun Nuzul أسباب النزول = sebab-sebab bagi penurunan (ayat Al-Quran).


  • Dikehendaki disisi ahli Tafsir ialah = perkara (sebab) diturunkan sesuatu ayat atau beberapa ayat yang mengulas tentang sesuatu peristiwa atau menerangkan bagi hukum ketika berlakunya (perisitiwa tersebut).

  • Yakni, bahawasanya apabla berlaku sesuatu peristiwa yang di zaman Rasulullah SAW atau persoalan yang diajukan kepada Baginda, maka diturunkan ayat daripada Allah SWT menjelaskan perkara yang bersangkut dengan peristiwa tersebut atau jawapan bagi persoalan yang ditimbulkan.

  • Samada peristiwa itu perdebatan yang berlanjutan seperti pertelingkahan di antara kaum Aus dan Khazraj berkaitan rancangan jahat daripada musuh Allah kaum Yahudi hingga saling bertikam lidah, "Perang,Perang".

    • Maka turun dengan sebab itu ayat ini yang menjadi hukum dalam Surah Ali Imran : 100,


      يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ

      100. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.


    • Iaitu sebagai peringatan supaya menjauhkan diri daripada berpecah dan perselisihan dan menggalakkan kepada kasih sayang dan bersatu padu.

  • Ataupun samada adalah ketika itu terdapat perbuatan salah yang keji yang dilakukan, seperti orang mabuk di dalam solat iaitu seorang yang bersolat pada ketika mabuknya kemudian membaca surah selepas membaca surah Al-Fatihah,


    "قٌلْ يَـٰۤأَيُّهَا الْكَافِرُونَ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ"

    Katakanlah (Sayyidina Muhammad), Wahai orang-orang kafir, aku menyembah apa yang kamu sembah.


    • Hal keadaanya membuang lafaz "لا" daripada "لا أعبد" maka turunlah ayat Surah An-Nisak : 43,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


  • Ataupun adalah ia pujian atau kejian seperti kesamaan Sayyidina Umar yang telah mengkhususkan sebahagian ulamak dalam tulisan-tulisan mereka. Seperti apa yang dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari :-

"Berkata Umar : Telah bersamaan tuhanku pada tiga perkara :-

  1. Ketika aku berkata kepada Rasulullah SAW eloklah jikalau kita mengambil Maqam Ibrahim AS sebagai tempat sembahyang, maka turun ayat Surah Al-Baqarah : 125,

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

125. dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat Yang aman; dan Jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari Segala perkara Yang dilarang) untuk orang-orang Yang bertawaf, dan orang-orang Yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang Yang rukuk dan sujud".


  1. Ketika aku berkata kepada Rasulullah SAW, sesungguhnya isteri-isteri kamu masuk menemui mereka oleh orang yang baik dan yang jahat. Maka eloklah jikalau Engkau menyuruh akan mereka bahawa mereka berhijab. Maka turun ayat hijab, Surah Al-Ahzab : 53,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا

53. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.


  1. Ketika aku bersama Rasulullah SAW, isteri-isteri Baginda SAW cemburu maka aku berkata :

    عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا

    5. boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri Yang lebih baik daripada kamu, - Yang menurut perintah, Yang ikhlas imannya, Yang taat, Yang bertaubat, Yang tetap beribadat, Yang berpuasa, - (meliputi) Yang janda dan Yang anak dara.


    Maka turun seperti itu, Surah Al-Tahrim : 5.


  • Ataupun samada ketika itu terdapat soalan yang ditujukan Rasulullah SAW berhubung :-


    • perkara yang telah lalu seperti firman Allah SWT :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا

83. dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":


  • perkara yang sedang berlaku seperti di dalam Surah Al-Israk : 85,

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

85. dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".


  • perkara yang akan datang seperti dalam Surah An-Nazi-'at : 42,

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا

42. mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"


Wallahu A-'alam.

Setakat ini sahaja untuk kali ini, In Sya Allah akan disambung di kesempatan yang lain.

و صلى الله على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم و على آله وصحبه أجمعين. والحمد لله رب العالمين.


Rujukan :

1) Al-Quranul Karim

2) Al-Hadis

3) Kamus al-Miftah Mukjam 'Asri -Mohd Khair Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa.

4) Kamus Idris Al-Marbawi - Syeikh Al-Alim Muhd Idris Abd Rauf Al-Marbawi.

5) Ilmu Tafsir - Syeikh Mawardi Muhd.

6) Manahilul 'Irfan fi 'Ulumil Quran - Syeikh Muhammad Abdul Azim Al-Zurqaani.

0 Responses