Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket
Free Image Hosting

Kenali Darah Anda

Darah adalah tisu konektif dalam bentuk cecair. Isipadu darah dalam badan orang dewasa ialah 6-8 liter. Kandungan darah adalah 45% pepejal yang terdiri dari sel dan 55% cecair yang dikenali sebagai plasma. Sel darah terbahagi kepada 3 iaitu sel darah merah (erythrocytes), sel darah putih (leukocytes) dan sel pembeku (platlet).


Sel darah merah
Di dalam sel darah terdapat rangkaian yang dikenali stroma yang mengandungi hemoglobin. Hemoglobin mengandungi bahan protein (globin) dan zat besi (hematin). Fungsi hemoglobin ialah memerangkap oksigen ke dalam sistem darah. Selain itu, hemoglobin juga merupakan pembawa warna kepada darah iaitu warna merah.

Pembentukan sel darah merah adalah bermula dari sumsum tulang (red bone marrow) yang terdapat di hujung tulang panjang (long bone)* dan tulang leper (flat bone)*. Dalam proses pembentukan dan kematangan, sel darah merah memerlukan zat besi, protein, vitamin c, vitamin b12 dan hormon tiroksin.

Jangka hayat sel darah merah ialah 90-120 hari dan sel yang tua akan dimusnahkan dalam limfa. Zat besi dari sel yang telah dimusnahkan akan disimpan di dalam hati (hepar) dan limfa untuk sedia digunakan semula dalam pembentukan sel darah merah yang baru. Pemusnahan sel darah merah juga menyingkirkan bahan warna (hematin) yang digunakan untuk penghasilan hempedu di hepar.


Sel darah putih
Sel darah putih juga bermula dari sumsum tulang (red bone marrow) yang terdapat di hujung tulang panjang dan tulang leper. Sel darah putih terbahagi kepada dua jenis iaitu bergranul (granulytes) dan tidak bergranul (agranulytes). Sel darah putih bergranul adalah sel darah putih jenis bernuklues dan sel darah putih tidak bergranul adalah sel darah putih jenis limfatik.

Sel darah putih bergranul terbahagi 3 iaitu neutrofil (netrophils), eosinofil (eosinophils) dan basofil (basophils). Sel darah putih jenis ini merupakan fagosit. Fagosit berfungsi menelan mikroorganisma yang menyerang tubuh dan memerangkap serta memusnahkan tisu mati. Amnya neutrofil bertindak menelan dan memusnahkan bakteria serta menyediakan pertahanan badan yang penting terhadap jangkitan. Eosinofil pula berfungsi memakan zarah-zarah asing dalam badan dan terlibat dalam gerak balas alergi atau alahan. Manakala Basofil berupaya memakan bahan-bahan asing dan mengandungi histamin serta heparin.

Sel darah putih tidak bergranul pula terbahagi kepada 2 iaitu limposit (lymphocytes) dan monosit (monocytes). Limfosit terdapat dalam nodus-nodus limfa, limfa, kelenjar timus (thymus gland), dinding usus dan sumsum tulang. Limposit terlibat dalam keimunan dan boleh terbahagi kan kepada 2 iaitu limposit-B (B-lymphocytes) dan limposit-T (T-lymphocytes). Limposit-B berfungsi dalam penghasilan antibodi dan manakala limposit-T pula terlibat dalam penolakan graf_memori sesuatu sistem. Selain itu,monosit pula berfungsi menelan zarah-zarah asing seperti bakteria dan puing tisu. Monosit boleh dikenali sebagai vacum atau mikrofraj (microphage). Mikrofraj ialah sel yang menelan unsur-unsur asing atau tidak digunakan di dalam metabolisma sel.


Sel pembeku
Saiznya 1/4 daripada saiz sel darah merah, berjumlah 250, 000 - 350, 000 sel dalam 1 milimeter padu darah. Sel ini mempunyai nuklues dan bentuknya tidak tentu. Ia juga dihasilkan di sumsum tulang (red bone marrow). Apabila tisu tercedera, sel ini akan berpecah dan menghasilakan trombokinase atau tromboplastin dengan kehadiran iron kalsium untuk mengelakkan pembekuan darah dan menghentikan pendarahan pada luka.

Tuntasnya, fungsi sel darah merah adalah mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh tisu badan. Selain itu, sel darah berfungsi memindahkan bahan kumuh dari tisu badan untuk disingkirkan keluar. Contohnya, pengangkutan gas karbon dioksida ke paru-paru, urea ke ginjal, air dan mineral ke permukaan kulit, ginjal dan paru-paru. Sel darah merah juga berfungsi membawa hormon dan enzim ke organ atau struktur tertentu. Manakala sel darah putih membentuk antibodi badan untuk melawan jangkitan. Dan sel pembeku membantu dalam proses pembekuan darah dalam kecederaan.

Umumnya, pengaliran darah membantu dalam pengawalan suhu badan (37'C), pemusnahan sel darah merah menghasilkan bahan pewarna cecair hempedu, najis dan urin (hematin).

*long bone - Femur, Hemerus, Ulna, Radius, Tibia dan lain-lain.
*flat bone - scapula, sternum,clavicle dan lain-lain

0 Responses