Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger


Tanda-tanda di ganggu Makhlus Halus


  1. Sakit tulang belakang tanpa sebab.
  2. Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.
  3. Sakit di bahagian tulang rusuk kiri atau kanan.
  4. Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab.
  5. Sakit di bahagian perut tanpa sebab.
  6. Istihadhah (darah haid yang melebihi 15 hari)
  7. Berasa sesuatu yang mengekori anda.
  8. Berasa ada sesuatu yang melintas di belakang anda.
  9. Sering sesak nafas terutaman menjelang waktu maghrib dan tengah malam.
  10. Timbul rasa takut tanpa sebab.
  11. Nampak bayangan yang menakutkan.
  12. Nampak makhluk yang aneh dan menyeramkan.
  13. Berasa seperti ada sesuatu yang menolak anda ketika berada dalam tandas.
  14. Sukar untuk lelapkan mata.
  15. Seringkali mimpi yang menakutkan.
  16. Seringkali bermimpi binatang-binatang liar dan berbisa seperti ular, kala jengking, dan lain-lain.
  17. Di himpit sesuatu ketika tidur.
  18. Mimpi bayi atau kanak-kanak.
  19. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  20. Mimpi pergi ke tempat yang kotor, sunyi, dan menakutkan.
  21. Terdengar suara ketika tidur.
  22. Berasa ditarik atau disentap kaki ketika tidur.
  23. Seringkali pengsan tanpa sebab.
  24. Takut untuk menziarahi jenazah.
  25. Ada bisikan yang meminta mangsa melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.
  26. Berasa ragu-ragu dengan status keimanan diri sendiri.
  27. Rasa seperti hampir menemui ajal.
  28. Rasa nak marah tanpa sebab.
  29. Benci melihat rupa orang soleh.
  30. Benci mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, zikir-zikir dan selawat.
  31. Timbul rasa benci ketika melihat rupa suami atau isteri atau anak-anak.
  32. Sukar melakukan ibadat yang wajib tambahan yang sunat.


Kesan-kesan akibat gangguan makhluk halus


  1. Boleh membawa maut jika sudah sampai ajal.
  2. Gila, bingung dan berkelakuan seperti orang bodoh.
  3. Perpecahan dalam hubungan kekeluargaan.
  4. Sakit yang berpanjangan dan para pakar perubatan moden tidak dapat mengenal pasti sakit berkenaan.
  5. Menjadi andartu bagi gadis.
  6. Hilang pangkat, kerjaya, dan harta benda.
  7. Hilang keyakinan diri.
  8. Berkelakuan aneh.
  9. Emosi tidak stabil. Sekejap sedih, sekejap gembira, sekejap marah dan lain-lain.


Nota tambahan :


Segala tanda di atas tidak semestinya akibat gangguan makhluk halus 100%.

Faktor-faktor lain boleh juga menyebabkan tanda-tanda di atas seperti faktor persekitaran, pemakanan atau sebagainya.

Tetapi apabila anda mempunyai 2 tanda ke atas maka kemungkinan besar di ganggu makhluk halus adalah besar.

Seeloknya apabila mendapat sesuatu penyakit itu maka pergilah mendapatkan rawatan fizikal dahulu di hospital atau klinik. namun apabila penyakit anda berlanjutan dan tidak dapat penjelasan munasabah daripada doctor maka eloklah anda mencuba rawatan alternatif yang lain pula.


0 Responses