Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket
Free Image Hosting

Pengakuan Artis Yang Menginsafkan


Filem porno sememangnya amat menjijikkan. Pelakon-pelakon filem porno juga sememangnya manusia yang penuh dengan kejijikan. Namun sesetengah pihak mungkin menyangka pelakon-pelakon filem seperti itu, khususnya yang wanita hidup bahagia dan mereka melakukannya dengan kerelaan hati.

Bagaimanapun, anggapan seperti sebenarnya amat salah. Sebaliknya, mereka sebenarnya melakukannya akibat paksaan. Mereka hidup dalam keadaan yangamat menyeksakan. Kehidupan mereka penuh dengan konflik jiwa jauh sekali merasai kebahagian dalam hidup.

Sebagai bukti, seorang bekas artis porno, SHELLEY LUBBEN di dalam webnya, www.shelleylubben.com secara jujur mengakuinya. Ikutilah pengakuan beliau seperti yang diceritakan dalam webnya dan turut dipetik oleh akhbar harian Indonesia, Tempo serta akhbar Siasah.

Catatan ini ku persembahkan kepada semua artisporno yang terkena HIV, meninggal kerana overdosmemakan ubat-ubatan yang dilarang, atau meninggal dunia kerana bunuh diri.

Filem-filem porno penuh dengan adegan seks yang menampilkan seorang gadis perang yang merangsang nafsu dan mengatakan, “aku mengingimu“, sebenarnya sebuah penipuan terbesar sepanjang masa.

Percayalah pada saya kerana saya pernah mengalaminya. Saya melakukannya sepanjang hidup saya dan saya melakukannya kerana gila kuasa danmenurut nafsu gila walaupun sebenarnya saya tidak pernah menyukai seks.

Saya tidak inginkan seks. Sebenarnya saya lebih ingin menghabiskan waktu dengan Jack Daniels (jenama minuman keras) dibandingkan dengan “lawan permainan” saya di filem itu.

Benar! Tidak ada seorang pun dari kami, gadis-gadis perang ini yang menyukai pornografi. Kami membencinya. Kami benci tubuh kami dijamah oleh orang yang tidak dikenali yang sama sekali tidak memperdulikan tentang kami.

Kami benci harga diri kami dilanyak oleh tubuh mereka yang berbau dan berpeluh. Banyak yang begitu jijik sehingga kami boleh mendengar mereka muntah di bilik mandi ketika “melakukan adegan.” Yang lainya dapat dilihat di luar, merokok Marlboro Lights tidak henti-henti.

Tetapi industri pornografi mahu anda berfikir bahawa kami, artis-artisnya menyukai seks. Mereka mahu anda berfikir kami senang direndahkan oleh tindakan-tindakan ganas dan menjijikkan.

Sebenarnya, semua bintang filem porno memulai kariernya tanpa kontrak kerja yang jelas dan dipaksaoleh para produser filem untuk melakukan adegan, atau pergi tanpa dibayar.


Bekerja atau tidak usah sama sekali

Ya, kamilah yang membuat keputusan itu. Beberapa orang dari kami memerlukan wang tetapi kami telah dimanipulasi, dipaksa bahkan diancam. Beberapa orang terkena HIV sebagai akibat dari paksaan itu. Saya sendiri terjangkit Herpes, penyakit menular seksual yang tidak dapat disembuhkan.

Bintang porno yang lainnya pulang ke rumah setelah semalaman menahan sakit dan diacukan pistol ke kepalanya dan menarik picunya.

Memang boleh dikatakan kebanyakan wanita yang beralih ke industri pornografi sejak kecilnya hidup dalam keadaan yang tidak sihat (tidak membahagiakan). Memang! Banyak bintang pornoyang mengakui mereka mengalami perlakuan kejamsecara seksual, fizikal, verbal dan diterlantarkan oleh orang tua. Beberapa orang diperkosa oleh orang-orang yang dekat dengannya sendiri dan dianiaya oleh tetangganya.

Ketika kami masih gadis kecil, keinginan kami hanyalah bermain boneka dan bersuka ria bukanlah ditiduri oleh seorang pemuda ganas yang menyeramkan. Akhirnya, apa yang kami belajar semasa muda ialah seks membuatkan diri kami lebihberharga.

Perkosaan mengerikan yang sama kami alami ketika kami berlakon di depan kamera.

Kami adalah gadis-gadis kecil dipenuhi trauma, yang hidup dengan ubat penenang, dadah, dan alkohol,menambah lagi kesakitan kami di hadapan anda yang terus memperhambakan kami dengan kejam dan sewenang-wenangnya.

Ketika kami terus menambah trauma dan luka hati kami dengan membuat lebih banyak filem-filemporno, kami menggunakan lebih banyak lagi dadah dan alkohol. Kami hidup dalam ketakutan setiap hari akan AIDS dan penyakit menular seksual.

Setiap kali ada kes HIV di antara kami, segera kami berlumba-lumba ke klinik terdekat untuk pemeriksaandarurat. Pembuat filem porno memaksa memberikan pelanggannya fantasi seksual apapun yang mereka mahukan serta mengorbankan begitu sahaja para pemain filemnya.

Dengan kata lain, tidak ada alat kontrasepsi yang boleh digunakan. Herpes, gonorrhea, syphilis,chlamydia, dan penyakit lainnya sudah menjadi seperti kegelisahan normal yang kami hadapi sehari-hari. Kami diperiksa setiap bulan tetapi kami tahu pemeriksaan itu bukan pencegahan.

Di samping takutkan penyakit menular seksual, banyak aktiviti seksual yang kami lakukan amatlahberbahaya. Beberapa dari kami terluka secara fizikal dan mengalami kerosakan organ tubuh bahagian dalaman.

Ketika bintang porno keluar dari tempat kerjanya, beristirehat, kami berusaha mencari hubungan lawan jenis yang normal dan sihat tetapi ‘kekasih‘ kami menjadi cemburu dan melukai kami secara fizikal.

Akibatnya, kami menikahi sutradara filem porno kami dan yang lainnya memilih hubungan sesama jenis. Benar-benar suatu ketika anak perempuan kami secara kebetulan berjalan keluar dan melihat ibunyamencium seorang wanita. Anak perempuan sayamenyaksikan hal sedemikian itu!

Di siang hari kami berjalan berkeliling seperti mayat hidup dengan bir di tangan yang satu dan wiski di tangan yang satu lagi. Kami tidak peduli dengan kebersihan jadi kami biarkan rumah kami kotor atau kami mengupah pembantu untuk datang membersihkannya.

Artis porno juga bukan tukang masak yang baik. Memesan makanan sangat normal bagi kami. Akan tetapi setelah kami makan maka kami akanmemuntahkannya kembali kerana bulimia yang kami hidapi.

Untuk bintang porno yang mempunyai anak, kami adalah ibu terburuk di dunia. Kami berteriak histeria dan memukul anak kami tanpa alasan. Sering kali ketika kami sedang mabuk dan tidak sedarkan diri, anak-anak kami yang berumur empat tahun itulah yang mengangkat kami dari lantai.

Ketika pelanggan kami datang untuk seks, kamimengunci mereka di dalam bilik dan menyuruh mereka diam. Saya biasanya memberi anak saya sebuah pager dan menyuruhnya menunggu di taman sehingga saya selesai.

Kebenarannya, tidak ada fantasi apapun dalampornografi. Semuanya adalah sebuah pembohongan yang besar. Jika anda melihat dengan lebih dekat adegan-adegan dalam kehidupan seorang bintangporno, anda akan melihat sebuah filem yang industripornografi tidak mahu anda melihatnya.

Sebenarnya, artis-artis porno mahu mengakhiri rasamalu dan trauma dari hidup kami tapi kami tidak dapat melakukannya sendiri.

Kami perlukan anda semua, para lelaki yang berimanuntuk bertarung bagi mendapatkan kebebasan diri kami dan mengembalikan harga diri kami. Kami tagih anda untuk lindungi kami dengan lengan-lengan yang kuat sementara kami menangisi duka-duka kami dan perlahan-lahan dipulihkan.

Kami perlukan kalian untuk berdoa bagi kami agar Tuhan mendengar dan membentuk kembali hidup kami yang hancur lebur.

Jadi janganlah mempercayai lagi pembohongan itu.Pornografi tidak lebih dari seks palsu dan pembohongan yang difilemkan. Percayailah saya! Saya tahu kerana saya mengalaminya.


Perbahasan mengenai Hadas & Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Berhadas


بسم الله الرحمن الرحيم


Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul. Dan atas keluarganya dan sahabatnya keseluruhannya. Adapun selepas itu,


Ini adalah sedikit nukilan bagi memudah saudara-saudari dalam memahami permasalahan kita ini. Sekiranya terdapat salah dan silap mohon diperbetulkan. Menulis saya akan nukilan ini walaupun bukanlah saya ahli dan mahir dalam bidang ini, hanya gatal-gatal tangan sahaja kerana ingin berkongsi ilmu jua.


Makna hadas :-


Bahasa = sesuatu yang menghalang

Syarak = suatu perkara yang berdiri di atas anggota yang menegah daripada sah sembahyang dan perkara yang pada hukum sembahyang, sekira-kira tidak dimudahkan. – Al-Fiqhul Manhaji


Pembahagian hadas :-


1) Hadas Kecil

2) Hadas Pertengahan

3) Hadas Besar


1) Hadas Kecil = yakni sedikit perkara yang haram dengan sebab ia. Iaitulah tiada air sembahyang.


Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas kecil :-


  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.

2) Hadas Pertengahan = yakni kurang daripada perkara yang haram dengan sebab hadas besar dan lebih daripada perkara yang haram dengan sebab hadas kecil. Iaitulah berjunub dan beranak.


Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas pertengahan :-


  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.
  6. Membaca suatu daripada Al-Quran.
  7. Berhenti di dalam masjid.
  8. Lalu – lalang / mundar – mandir di dalam masjid.

3) Hadas Besar = yakni banyak perkara yang haram dengan sebab ia, melebihi kedua – dua hadas di atas. Iaitulah haid dan nifas.


Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas besar :-


  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.
  6. Membaca suatu daripada Al-Quran.
  7. Berhenti di dalam masjid.
  8. Lalu – lalang / mundar – mandir di dalam masjid.
  9. Wathi.

10. Niat puasa sebelum cukup waktu berhenti darah.

11. Mubasyarah.

12. Di talak.

13. Mandi wajib.

14. Tayammum.


Soalan : Bolehkah seseorang yang sedang haid membaca Al-Quran semata-mata?


Jawapan : Haram ke atas orang yang haid membaca sesuatu daripada Al-Quran dengan sekira-kira diqasadkan bahawasanya bacaannya itu daripada Al-Quran.


Tetapi bacaan di dalam hati (monolog) atau mengisyarat oleh seorang yang bisu yang memberi faham akan Al-Quran maka tiada haram.


Termasuk juga didalam kata bukan daripada Al-Quran itu seperti memperbetulkan kesalahan, doa, mengambil berkat, dan mengajar. – Bughyah Al-Mustarsyidin


Tersebut didalam Bughyatu Tholibin muka surat 48 : Adapun jikalau tiada mengqasad akan suatu; seperti berlaku lidahnya dengan tiada qasad, atau qasad akan zikir semata-mata; tiada haram kerana bahawasanya tiada yang dinamakan Al-Quran itu melainkan dengan diqasadkan dia.


Wallahu a’alam.


Saya harap nukilan ini dapat membantu saudara-saudari memahami masalah ini. Dan telah berselawat oleh Allah keatas penghulu kita Muhammad. Dan keatas keluarganya dan sahabatnya. Dan sejahtera juga atas mereka. Walhamdu lillahi rabbil alamin.




What Is Pondok..??


So…Banyaklah manusia2 bertanya kepada chek nih apa kebondanya Pondok nih??!!agak lenguh jugak dok menjawab solan yang sama jak jadik chek pon nak habaq nih…jadi…tengok elok2…haha…


Erti Pondok : Iaitu suatu tempat pengajian agama islam yang menggunakan sistem talaqqi, kitab2 turas atas manhaj ahli sunnah wal jamaah…so… Pondok BUKAN sekolah agama or sekolah agama rakyat walaupun pakai nama Al-madrasah juga dikepala namanya…


Sejarah Dinamakan Pondok : like everyone know that…di sesebuah Pondok tuh…didirikan sebuah madrasah or menasah or surau or whatever it call for student to study there…jadi dikeliling madrasah, menasah, surau, rumah tok guru tu dibina pondok-pondok kecil yang didiami pelajar-pelajar yang belajar di sesebuah Pondok


oleh sebab banyaklah pondok-pondok kecil yang dibina sekelilingnya maka diambil dari situ dinamakan tempat2 pengajian begitu sebagai Pondok….


so, bila hampa suma pi ke sesebuah pondok akan kedapatanlah suasana begini, yang mana ada pondok2 kecil yang didiami pelajar samada pelajar bujang or kelamin…tapi memandangkan zaman berubah maka sesetengah Pondok pon dah berevolusi…hehe….tak dak dah pondok2 kecil tapi digantikan dengan asrama atau dorm…


But, as long as it’s on manhaj ahli sunnah, talaqqi, using kutub ut-turas maka it still Pondok pada istilah walaupun takdak pondok2 kecil….ok…


Sistem Pengajian : Maka Pondok ni dia tiada syllabus yang tetap, yang selaras…setiap Pondok boleh jadi berbeza-beza cara dia…tapi asas utama sesebuah Pondok untuk dinamakan dia Pondok maka dia mesti :-

  1. Talaqqi
  2. Menggunakan kitab turas
  3. Tiada percampuran pelajar lelaki dan perempuan
  4. Belajar bukan untuk sijil,diploma,ijazah dan sewaktu lah.
  5. Belajar dari muka surat pertama hingga habis kitab satu persatu…not tebuk2…

jadi…mana2 tempat pengajian yang guna sistem seperti diatas bolehla kita katakan ia sebuah Pondok.


Jadi..cukuplah kot takat ni dulu…nanti sambung lagi noo…ada solan lain juz asking me ok…qolis03@yahoo.com or qolis03@hotmail.com