Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket
Free Image Hosting

Perempuan Dalam Pandangan Saidina Ali Karamallahu Wajhah


Artikel Ini dipetik daripada Akhbar Siasah – Rencana


Perempuan pada dasarnya memiliki fizikal yang lemah dan lembut, namun ia memiliki perasaan dan naluri yang kuat yang diciptakan Allah Subhanahu Wa Taala untuk memikul peranan dalam membawa manusia kearah kesempurnaan.

Allah Subnahu Wa Taala menciptakan perempuan yang merupakan manifestasi keindahan Ilahi yang juga menjadi tempat bagi kaum lelaki memperoleh ketenangan dan ketenteraman dalam rangka menghiasi rumah dan keluarga dengan pancaran kasih sayang dan kelemah lembutannya. Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah berkata : Perempuan adalah bagaikan sekuntum bunga yang menebarkan keharuman.

Berdasarkan kenyataan Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah ini,perempuan adalah seperti bunga yang harus dijaga dan dipelihara agar tetap segar dan bugar sehingga lembaga keluarga akan terhiasi oleh keindahannya dan tersirami oleh kesegarannya.

Oleh kerana nilai dan kedudukan perempuan yang diberikan oleh Islam, maka banyak sekali perintah yang menekankan pemuliaan, penghormatan dan pengcintaan kepadaperempuan.

Agama Islam memberikan penghormatan kepada perempuandari kedudukannya sebagai perempuan. Dalam masalah ini,Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menukil dari Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wasallam mengatakan :

“Seseorang tidak akan menghormati kaum perempuan kecuali jika orang tersebut berjiwa besar dan mulia. Dan seseorang tidak akan merendahkan kaum perempuan kecuali jika orang itu berjiwa rendah dan hina.”

Berkenaan dengan ibu yang tidak lain adalah seorang perempuan, beliau berkata :

“Betapapun seorang anak berbakti kepada ibunya, ia tidak mampu menebus satu hari saja dari masa kehamilannya.”

Di tengah masyarakat Arab sebelum Islam, kaum lelaki sama sekali tidak menghargai kaum perempuan. Jika isteri melahirkan seorang anak perempuan maka si suami akan menguburkannya hidup-hidup.

Akan tetapi, setelah kedatangan Islam dan dengan perjuanganRasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam terjadilah perubahan terbesar berkenaan kedudukan kaum perempuandan muncullah pandangan baru di tengah masyarakat yang sangat menghormati dan memuliakan perempuan.

Rasulullahi Shollahhu Alaihi Wasallam sendiri selalu memberikan contoh yang nyata dengan perbuatan baginda, samada terhadap isteri-isteri baginda, terutamanya Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah terlebih lagi puteri baginda
Sayyidah Fatimah Az-Zahrah.

Semua orang mengetahui bahawa Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam sangat mencintai dan menghormati puteribaginda ini.

Setiap kali baginda tengah duduk di dalam rumah bagindalalu Sayyidah Fatimah Az-Zahrah datang, maka bagindaakan berdiri menyambut kedatangan sang puteri, memeluk dan menciumnya kemudian baginda mempersilakan Fatimah Az-Zahrah untuk duduk di tempat duduk baginda sementarabaginda sendiri berpindah ke tempat duduk lain.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullahi Shollallahu Alaih Wasallam terhadap Sayyidah Fatimah Az-Zahrahbegitu jugalah yang dilakukan oleh Sayyidah Fatimah kepadabaginda.

Pada dasarnya penghormatan terhadap kedudukan perempuandapat disaksikan dengan jelas didalam perilaku dan ucapan Ahli Bait Rasulullahi Shollahu Alaihi Wasallam. Sayyidina Ali Karromallohu Wajhah berkata :

“Anak perempuan adalah kebaikan sedangkan anak lelaki merupakan nikmat. Kebaikan mendatangkan pahala sedangkan nikmat mendatangkan hisab.”

Maksudnya ialah bahawa seseorang yang mendapat nikmat akan dihisab dan diminta dipertanggung jawabkan atas nikmatnya itu.

Di tempat lain Sayyidina Ali Karromallohu Wajhah berkata :

“Seseorang yang memiliki anak perempuan maka pertolongan berkat dan ampunan Allah akan meliputinya.”

Salah satu masalah yang menjadi perhatian para pembesar Islam ialah menghindarkan kaum perempuan dari berbagai ancaman dan gangguan jiwa dan jasmani.

Di masa kita saat ini, ketidakpedulian terhadap masalah ini membuat sejumlah besar perempuan menjadi korban keruntuhan moral dan penyimpangan seksual.

Anthony Geadenz seorang pakar sosiologi barat mengatakan bahawa gangguan seksual terhadap perempuan adalah sebuah fenomena yang lumrah di barat.

Menurutnya, perbuatan mengganggu terhadap perempuansudah sedemikian parahnya di dunia barat, membuatkan kaumperempuan terutamanya mereka yang bekerja di luar rumah tidak lagi memiliki ketenangan hidup.

Berkenaan dengan kekerasan terhadap kaum perempuan di Amerika Syarikat, Yohan Readley wartawan perempuanInggeris mengatakan :

“Setiap hari sejumlah perempuan menjadi mangsa penganiyaah suami mereka atau teman-teman mereka dan tidak sedikit yang berakhir dengan kematian. Jumlah mangsa ini mengalami peningkatan setelah peristiwa 11 September. Di tengah masyarakat seperti AS mungkin akan dianggap aneh akan tetapi realiti mengatakan bahawa kaum perempuan selalu menjadi sasaran kekerasan, diseret kepada kerosakan moral dan dipaksa untuk disalahgunakan dengan berbagai cara.”

Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menyentuh beberapa perkara bertujuan melindungi perempuan dari berbagai gangguan jasmani dan rohani. Dalam pandangan beliau perempuandapat ikut aktif di tengah masyarakatnya, ekonominya, politiknya, sosialnya dengan tetap mempertahankan kemuliaan dan kesuciannya dan berusaha mencegah sebab-sebab yang boleh membuatkan gangguan lelaki terhadapnya.

Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menasihatkan kepada kaumperempuan jika mereka hadir di tengah masyarakat dan tempat-tempat umum hendaklah mereka tetap menjaga pakaian dan penampilan mereka agar sesuai dengan syariat Islam.

Dengan demikian, maka dalam pergaulannya di tengah masyarakat luas ia akan dapat layanan yang baik dan terjaga dari hal-hal yang tidak diingini.

Sifat pemalu dan kebersihan diri adalah baik dan perlu bagi setiap orang. Akan tetapi ia lebih sesuai dan lebih tepat bagiperempuan.

Untuk itu kita lihat bahawa Sayyidina Ali Karromallahu Wajhahdalam salah satu khutbahnya dalam kitab Nahjul Balaghahmengatakan :

“Pahala bagi seorang pejuang yang gugur syahid di atas jalanAllah adalah tidak dapat menandingi daripada pahala seorang yang menjaga kebersihan dirinya dari dosa-dosa padahal ia memiliki kemampuan untuk menghindari dosa-dosa tersebut. Seorang manusia yang bersih adalah seorang malaikat dari malaikat-malaikat Allah Subhanahu Wa Taala.”

Dewasa ini banyak sekali kaum manusia di berbagai negara menghormati dan memuliakan kedudukan perempuan.

Nadia adalah seorang gadis sulung dari sebuah keluarga campuran Inggeris-Asia yang tengah belajar di fakulti kedoktoran. Dia memilih busana muslimah sebagai pakaian sehari-harinya dan mengatakan :

“Sebagai seorang perempuan,saya sangat menjaga perasaan malu dan kebersihan diri. Mengenakan hijab membuatkan saya merasa diri terjaga dari berbagai ancaman yang saya mungkin hadapi di tengah masyarakat. Saya merasa bangga bahawa model kehidupan saya ialah Fatimah Az-Zahrah.”

Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah memandang tiga sifat : Kewibawaan, berhati-hati, dan cermat sebagai ciri-ciri penting seorang muslimah.

Daripada ucapan beliau ini, dapat disimpulkan bahawa dalam pergaulan di tengah masyarakat seorang perempuan wajib menjaga kewibawaan dan ketegasannya.

Hal ini untuk menjauhkan kejahatan lelaki-lelaki yang berpenyakit di dalam hatinya. Demikian pula Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menegaskan bahawa perempuan harus selalu bersikap berhati-hati dan cerdas hinggakan dapat menghindarkannya dari ketamakan dan penyalah gunaan kaum lelaki dan agar masyarakat tidak memandangnya sebagai barang komoditi yang dapat dipermainkan sekehendak mereka.

Ciri-ciri lain seorang perempuan muslimah ialah perhitungan dan sikap cermat serta teliti sebagaimana yang telah disebut olehSayyidina Ali Karromallahu Wajhah.

Sikap seperti ini akan membuat seorang perempuan
selalu cermat dan berhati-hati dalam membelanjakan wang dan kekayaan suaminya serta menjaga kehormatan sang suami dalam masalah ini.

Dengan demikian jika seorang perempuan memiliki tiga sifat mulia tersebut maka ia akan dapat mengambil bahagian dalam pergaulan sosial dengan berkesan.


Nota Mengenai Martabat Tujuan Hati

Oleh : Mohd Khalis Mohd Kamal


مَرَاتِبُ الْقَصْدِ خَمْسٌ هَاجِسٌ ذَكَرُوا # فَخَاطِرٌ فَحَدِيثُ النَّفْسِ فَاسْتَمِعًا

يَلِـيهِ هَـمٌّ فَـعَزْمٌ كُلُّهَا رُفِعَتْ # سِوَى الْأَخِيرُ فَـفِيهِ الْأَخْذُ قَدْ وَقَعًا


Martabat-martabat tujuan hati/matlamat hati (قصد ) ada lima :-

1. هاجس = ragu-ragu/obsession. Perkara yang dicampak dalam hati padahal tidak kekal lama

2. خاطر = khuatir/volition. Perkara yang dicampak dalam hati dan kekal
satu ketika

3. حديث النفسي = cakap-cakap hati/monolog. Perkara yang dicampak dalam hati dan kekal beberapa ketika

4. همّ = angan-angan/wish. Kehendak hati akan sesuatu serta teguh samada hendak buat atau tidak

5. عزم = cita-cita yang kuat/determination. Kehendak hati akan sesuatu serta muktamad dengan sesuatu itu dengan sekira-kira tentu kejap atasnya

6. نية = tujuan. Kehendak hati akan sesuatu serta muktamad bahkan menyertai kehendak hati itu dengan perbuatannya. Ini ditambah oleh guru kepada guru kami Pak Dael.-Tuan Guru Haji Saleh Sik.


Contoh :-

  • Masuk waktu asar. Maka terlintas dalam hati kita sudah masuk waktu asar dan kita pun sama berat antara mahu sembahyang atau tidak, ataupun kita pilih mahu sembahyang tetapi dalam keadaan endah tak endah saja. Kemudian kita lupalah kata kita nak sembahyang. Ini dikatakan hajis.

  • Kemudian kita buat kerja lain, maka terlintas pula sudah masuk asar dan kita mahu sembahyang. Selepas satu ketika hilang pula. Ini dikatakan khatir.

  • Kemudian kita buat kerja lagi, maka sekali lagi terlintas. Kita pun buat kerja serta mengingatkan dalam hati bahawa sudah masuk waktu dan nak sembahyang secara berulang-ulang kali. Ini dikatakan hadis an-nafsi.

  • Kemudian kita teruskan kerja sambil menetapkan bahawa kita hendak pergi sembahyang dan hendak menghentikan kerja kita itu. Ini dikatakan hamm.
  • Seterusnya kita hentikan kerja dan berjalan ke tempat sembahyang untuk solah asar. Ini dikatakan azam.

  • Apabila berdiri di tikar sembahyang untuk solah asar serta mengangkat takbirotul ihrom tambahan pula sedar kata kita dalam keadaan sembahyang fardhu asar. Maka inilah niat.


Contoh lain :-

  • Terlintas dalam hati kita kata hendak beri zakat. Kemudian hilang kehendak kita itu. Ini hajis.

  • Terlintas lagi kata hendak beri zakat dan kekal sebentar kemudian hilang pula. Ini khatir.

  • Terlintas sekali lagi keinginan kita hendak beri zakat dan kekal lama sedikit dari yang tadi(hati kita duduk berkata-kata hendak beri zakat), kemudian hilang lagi. Ini hadis an-nafsi.
  • Kita putuskan kata hendak beri zakat tanpa tindakan. Ini hamm.

  • Kita putuskan kata hendak beri zakat serta melakukan tindakan seperti berjalan ke tempat beri zakat atau mengambil benda zakat atau lainnya. Ini azam.

  • Kita angkat beri benda zakat kepada asnafnya serta sedar bahawa kita dalam keadaan sedang memberi zakat. Ini niat.


Kesimpulannya, niat itu tiada berhuruf atau bersuara tetapi diri mahu dan sedar akan sesuatu perbuatan. Itulah dinamakan niat. Jika berkata-berkata dalam hati sahaja aku sembahyang fardhu zohor maka itu hadis an-nafsi bukanlah niat. Jika putus hati hendak sembahyang itu pun bukan niat tetapi hamm. Jika terlintas dalam hati hendak sembahyang serta ingat beberapa ketika pun bukannya niat tapi khatir. Jika terlintas semata-mata hendak sembahyang pun bukan niat tetapi hajis.

والله أعلم بالصواب


Peringkat-peringkat keyakinan ada 4 peringkat :-


  1. وهم = salah anggap/illusion/false impression. Keyakinan kurang daripada 25% serta dalil kuat sebelah lawannya.
  2. وسوس = syak/scruple. Keyakinan kita 50% percaya – 50% tidak percaya.

  1. ظن = kuat sangka/most probably. Keyakinan melebihi daripada 75% serta ada dalil yang menguatkannya
  2. يقين = pasti/definite. Keyakinan 100% serta berlaku sungguh perkara itu


Contohnya :-

  • Rakan kita memberitahu kepada kita bahawa pakaian kita tadi kena najis. Maka hati kita berasa gundah-gulana,samada ada atau tiada. Ini dikatakan was-was.
  • Kemudian kita lihat tempat di baju kita yang didakwa kena najis itu, maka tiada ‘ain najis tetapi ada baunya sahaja. Oleh itu, kita kata baju ini kena najis bahkan ia mutanajjis. Maka ini dikatakan zhon. Dalilnya ialah bau najis yang terdapat di baju. Sekiranya tiada bau najis, ‘ain, warna, dan rasa najis maka kita tidak boleh kata zhon bahkan itu hanyalah was-was yang didatangkan oleh syaiton. Apabila kita zhon kata pakaian kita kena najis, maka kita waham kata pakaian kita bersih.

  • Adapun rakan kita yang memberitahu kita bahawa dia melihat pakaian kita terkena najis itu sewaktu kucing kencing ke atas baju kita itu, maka itu dikatakan yaqin. Yakni melihat sendiri kejadian itu berlaku bukanlah mengetahui kejadian itu dengan dalil semata, ataupun bukanlah mendengar dakwa orang lain, bahkan ia sendiri yang mengalaminya.


Kesimpulannya, tidak soh zhon melainkan dengan dalil. Tidak soh yaqin melainkan nampak sungguh atau dengar sungguh atau berlaku sungguh perkara itu dihadapan kita.


Kaedah fiqh mengatakan yaqin tidak boleh dihilangkan dengan sebab ragu. Seperti kita berasa ragu pada rakaat solah maghrib adakah yang ke-2 atau yang ke-3. Maka yang ragunya yang ke-3, yang yaqinnya yang ke-2, maka ambil yang kedua.


Kaedah ini juga boleh dinamakan dengan tiap-tiap syak kembali kepada asal. Seperti asalnya kita berwudhuk, kemudian datang syak adakah masih kekal wudhuk kita atau sudah batal. Maka kembali kepada asal iaitu, masih kekal dan tidak batal.


والله سبحانه وتعالى أعلم