Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Photobucket
Free Image Hosting

Nota Mengenai Martabat Tujuan Hati

Oleh : Mohd Khalis Mohd Kamal


مَرَاتِبُ الْقَصْدِ خَمْسٌ هَاجِسٌ ذَكَرُوا # فَخَاطِرٌ فَحَدِيثُ النَّفْسِ فَاسْتَمِعًا

يَلِـيهِ هَـمٌّ فَـعَزْمٌ كُلُّهَا رُفِعَتْ # سِوَى الْأَخِيرُ فَـفِيهِ الْأَخْذُ قَدْ وَقَعًا


Martabat-martabat tujuan hati/matlamat hati (قصد ) ada lima :-

1. هاجس = ragu-ragu/obsession. Perkara yang dicampak dalam hati padahal tidak kekal lama

2. خاطر = khuatir/volition. Perkara yang dicampak dalam hati dan kekal
satu ketika

3. حديث النفسي = cakap-cakap hati/monolog. Perkara yang dicampak dalam hati dan kekal beberapa ketika

4. همّ = angan-angan/wish. Kehendak hati akan sesuatu serta teguh samada hendak buat atau tidak

5. عزم = cita-cita yang kuat/determination. Kehendak hati akan sesuatu serta muktamad dengan sesuatu itu dengan sekira-kira tentu kejap atasnya

6. نية = tujuan. Kehendak hati akan sesuatu serta muktamad bahkan menyertai kehendak hati itu dengan perbuatannya. Ini ditambah oleh guru kepada guru kami Pak Dael.-Tuan Guru Haji Saleh Sik.


Contoh :-

  • Masuk waktu asar. Maka terlintas dalam hati kita sudah masuk waktu asar dan kita pun sama berat antara mahu sembahyang atau tidak, ataupun kita pilih mahu sembahyang tetapi dalam keadaan endah tak endah saja. Kemudian kita lupalah kata kita nak sembahyang. Ini dikatakan hajis.

  • Kemudian kita buat kerja lain, maka terlintas pula sudah masuk asar dan kita mahu sembahyang. Selepas satu ketika hilang pula. Ini dikatakan khatir.

  • Kemudian kita buat kerja lagi, maka sekali lagi terlintas. Kita pun buat kerja serta mengingatkan dalam hati bahawa sudah masuk waktu dan nak sembahyang secara berulang-ulang kali. Ini dikatakan hadis an-nafsi.

  • Kemudian kita teruskan kerja sambil menetapkan bahawa kita hendak pergi sembahyang dan hendak menghentikan kerja kita itu. Ini dikatakan hamm.
  • Seterusnya kita hentikan kerja dan berjalan ke tempat sembahyang untuk solah asar. Ini dikatakan azam.

  • Apabila berdiri di tikar sembahyang untuk solah asar serta mengangkat takbirotul ihrom tambahan pula sedar kata kita dalam keadaan sembahyang fardhu asar. Maka inilah niat.


Contoh lain :-

  • Terlintas dalam hati kita kata hendak beri zakat. Kemudian hilang kehendak kita itu. Ini hajis.

  • Terlintas lagi kata hendak beri zakat dan kekal sebentar kemudian hilang pula. Ini khatir.

  • Terlintas sekali lagi keinginan kita hendak beri zakat dan kekal lama sedikit dari yang tadi(hati kita duduk berkata-kata hendak beri zakat), kemudian hilang lagi. Ini hadis an-nafsi.
  • Kita putuskan kata hendak beri zakat tanpa tindakan. Ini hamm.

  • Kita putuskan kata hendak beri zakat serta melakukan tindakan seperti berjalan ke tempat beri zakat atau mengambil benda zakat atau lainnya. Ini azam.

  • Kita angkat beri benda zakat kepada asnafnya serta sedar bahawa kita dalam keadaan sedang memberi zakat. Ini niat.


Kesimpulannya, niat itu tiada berhuruf atau bersuara tetapi diri mahu dan sedar akan sesuatu perbuatan. Itulah dinamakan niat. Jika berkata-berkata dalam hati sahaja aku sembahyang fardhu zohor maka itu hadis an-nafsi bukanlah niat. Jika putus hati hendak sembahyang itu pun bukan niat tetapi hamm. Jika terlintas dalam hati hendak sembahyang serta ingat beberapa ketika pun bukannya niat tapi khatir. Jika terlintas semata-mata hendak sembahyang pun bukan niat tetapi hajis.

والله أعلم بالصواب


Peringkat-peringkat keyakinan ada 4 peringkat :-


  1. وهم = salah anggap/illusion/false impression. Keyakinan kurang daripada 25% serta dalil kuat sebelah lawannya.
  2. وسوس = syak/scruple. Keyakinan kita 50% percaya – 50% tidak percaya.

  1. ظن = kuat sangka/most probably. Keyakinan melebihi daripada 75% serta ada dalil yang menguatkannya
  2. يقين = pasti/definite. Keyakinan 100% serta berlaku sungguh perkara itu


Contohnya :-

  • Rakan kita memberitahu kepada kita bahawa pakaian kita tadi kena najis. Maka hati kita berasa gundah-gulana,samada ada atau tiada. Ini dikatakan was-was.
  • Kemudian kita lihat tempat di baju kita yang didakwa kena najis itu, maka tiada ‘ain najis tetapi ada baunya sahaja. Oleh itu, kita kata baju ini kena najis bahkan ia mutanajjis. Maka ini dikatakan zhon. Dalilnya ialah bau najis yang terdapat di baju. Sekiranya tiada bau najis, ‘ain, warna, dan rasa najis maka kita tidak boleh kata zhon bahkan itu hanyalah was-was yang didatangkan oleh syaiton. Apabila kita zhon kata pakaian kita kena najis, maka kita waham kata pakaian kita bersih.

  • Adapun rakan kita yang memberitahu kita bahawa dia melihat pakaian kita terkena najis itu sewaktu kucing kencing ke atas baju kita itu, maka itu dikatakan yaqin. Yakni melihat sendiri kejadian itu berlaku bukanlah mengetahui kejadian itu dengan dalil semata, ataupun bukanlah mendengar dakwa orang lain, bahkan ia sendiri yang mengalaminya.


Kesimpulannya, tidak soh zhon melainkan dengan dalil. Tidak soh yaqin melainkan nampak sungguh atau dengar sungguh atau berlaku sungguh perkara itu dihadapan kita.


Kaedah fiqh mengatakan yaqin tidak boleh dihilangkan dengan sebab ragu. Seperti kita berasa ragu pada rakaat solah maghrib adakah yang ke-2 atau yang ke-3. Maka yang ragunya yang ke-3, yang yaqinnya yang ke-2, maka ambil yang kedua.


Kaedah ini juga boleh dinamakan dengan tiap-tiap syak kembali kepada asal. Seperti asalnya kita berwudhuk, kemudian datang syak adakah masih kekal wudhuk kita atau sudah batal. Maka kembali kepada asal iaitu, masih kekal dan tidak batal.


والله سبحانه وتعالى أعلم


0 Responses