Kaifiat Solat Istikharah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد,
Maka kami ingin pula memberikan kaifiat membuat solat istikharah buat saudara-saudari sekelian. Setelah ramai yang bertanyakan kami cara-caranya dan doanya maka kami lampirkan di bawah ini cara-cara serta doa dan bagaimana mengetahui sesuatu itu petunjuk daripada Allah SWT. Sebelum itu kami ingin menerangkan dahulu serba-sedikit sebelum kita melakukan sembahyang sunat istikharah ini.
Perlu diingatkan bahawa apabila kita membuat solat sunat istikharah ini adalah termasuk di dalam sebahagian daripada usaha kita untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah SWT atas sesuatu perkara yang harus di sisi syarak. Adapun perkara yang wajib, haram, makruh, sunat itu tidak perlu kepada beristikharah kerana sudah jelas bagi kita. Kami berikan beberapa contoh buat panduan kita bersama :-
- Jika kita menghadapi masalah dalam memilih jodoh di antara seorang bakal suami/isteri yang dikenali dengan warak, baik budi pekerti, taat kepada agama dengan suami/isteri yang dikenali dengan tidak menutup aurat, sosial, tidak kisah kepada agamanya; maka anda tidak perlu susah-susah untuk beristikharah kerana sudah jelas melalui hadis Rasulullah SAW menyeru kita memilih orang yang berpegang teguh pada agamaNya.
- Jika kita menghadapi masalah antara hendak bekerja sebagai pegawai untuk syarikat arak atau rokok atau pelayan di hotel dan bekerja sebagai pemandu van kanak-kanak atau pemandu bas; maka di sini pun sudah jelas bahawa bekerja sebagai pemandu van dan bas itu lebih mematuhi syarak.
- Di antara hendak pergi menonton wayang bersama kekasih ataupun pergi berkelah bersama keluarga, maka inipun tidak perlu kepada istikharah.
Contoh yang kita kehendaki untuk buat istikharah adalah dalam masalah seperti berikut :-
- Hendak menyambung pelajaran di antara IPT A atau IPT B.
- Hendak memilih antara matapelajaran A atau B yang selain daripada matapelajaran yang melalaikan seperti nyanyian, sukan, dan lain-lain.
- Hendak memilih antara calon isteri/suami A dan B yang kufu dengan kita yang kedua-duanya taat pada agama.
- Hendak memilih antara pekerjaan A dan B yang kedua-duanya harus di sisi syarak.
- Dan berbagai-bagai lagi perkara yang kita menjadi keliru yang harus di sisi syarak.
Kemudian ada baiknya kami terangkan juga bahawa untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT ini bukanlah dengan hanya sekali beristikharah sahaja(walaupun ada yang terus dapat petunjuk dengan sekali beristikharah sahaja), bahkan ada yang berkali-kali melakukannya. Ada kes yang kami kendalikan, memerlukan masa sehingga 2-3 minggu barulah di tunjuki oleh Allah, bahkan mungkin berbula-bulan atau bertahun-tahun. Yang penting di sini ialah usaha kita melakukannya tanpa henti dan sentiasa berharap kepada hidayah NYA.
Juga kami ingin jelaskan di sini, ketika hendak melakukan solat sunat istikharah ini, hendaklah mengosongkan hati daripada selain daripada Allah SWT. Hanya Allah SWT semata-mata yang ada di dalam hati kita. Contohnya :-
Zaid hendak memilih calon isteri antara A dan B. Zaid lebih berkenan pada si B, jadi hati Zaid sentiasa mengingati si B. Dalam situasi ini boleh berlaku dua keadaan :-
- Selepas beristikharah, si Zaid akan mengatakan si B adalah calon isterinya yang terbaik kerana hatinya berat kea rah si B, ini tentu sekali berlaku kerana si Zaid amat meminati si B. Ini bukanlah petunjuk daripada Allah SWT bahkan gerak hati si Zaid semata-mata.
- Selepas beristikharah, si Zaid ditunjuki Allah bahawa si A adalah calon isterinya namun kerana gerak hatinya berat ke arah si B maka si Zaid akan mengatakan bahawa petunjuk ini tidak benar atau dia masih tidak mendapat petunjuk. Ini pun tentu saja kerana dalam hati si Zaid hanya ada si B.
Dalam dua situasi di atas maka yang ada hanya gerak hati atau perasaan si Zaid sahaja bukanlah petunjuk daripada Allah SWT. Sepatutnya bagi Zaid ialah membuang kedua-dua antara si A dan B, hanya mengharapkan petunjuk Allah SWT.
Perlu juga di fahami bahawa segalanya terletak di bawah takluk Allah SWT. Jika kita telah beristikharah dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT dan kita berharapan tinggi bahawa itu adalah yang terbaik bagi kita namun terjadi sebaliknya maka perlulah kita fahami bahawa samada Allah SWT sedang menduga kita ataupun kita berpegang bahawa Allah SWT lebih mengetahui segala urusanNYA, kita hanya berusaha dan berdoa.
Baik, kaifiatnya seperti berikut :-
- Lafaz niat,
أُصَلِّى سُنَّةَ الْإِسْتِخَارَةَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku bersembahyang sunat istikharah, dua rakaat kerana Allah Taala" - Membaca Al-Fatihah dan Surah al-Kafirun pada rakaat pertama.
- Membaca al-Fatihan dan Surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.
- Selepas memberi salam, baca :-
- Istighfar 100 kali.
- Selawat 100 kali(sebaik-baiknya selawat Fatih). -Anda boleh melihat lafaz selawat di dalam kategori Selawat Fatih didalam blog ini-
- Istighfar 100 kali.
- Kemudian membaca doa ini :-
بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, حَمْدًا حَامِدِينَ, حَمْدًا شَاكِرِينَ, حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ, يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنجِينَا بِهَا مِن جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ, وَتَقْضِى لَنَا بِهَا جَمِيعِ الْحَاجَاتِ, وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِن جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ, وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِندَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ, وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِن جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ, فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ, وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا كَثِيرًا.
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ, وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ, وَأَسْئَلُكَ مِن فَضْلِكَ الْعَظِيمِ, فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ, وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ, وَأَنتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ.
اللَّهُمَّ كُلُّ مَا عَزَمْتُ عَلَيْهِ, وَنَوَيْتُ فِعْلَهُ مِن سَائِرِ الْأُمُورِ وَالْأَشْيَاءِ فِى هَذَا الْيَوْمِ.
اللَّهُمَّ إِن كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ............(سبوت حاجة دسيني. مثال سفرت أَنَّ هَذَا السَّفَرَ أَوْ هَذِهِ التِّجَارَةَ أَو أَنَّ هَذَا النِّكَاحَ (مقصودث : بهوا إين فرجالنن, أتو إين فرنيضأن, أتو إين نكاح) خَيْرٌ لِى فِى دِينِى, وَدُنْيَايَ, وَمَعاَدِى, وَمَعَاشِى, وَعَاقِبَةِ أَمرِى, وَعَاجِلِهِ وَآجِلِهِ, فَاقْدُرْهُ لِى وَيَسِّرْهُ لِى, ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيهِ.
اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ............(سبوت حاجة دسيني) شَرٌّ لِى فِى دِينِى, وَدُنْيَايَ, وَمَعَادِى, وَمَعاَشِى, وَعَاقِبَةِ أَمْرِى, وَعَاجِلِهِ وَآجِلِهِ, فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاْصْرِفْنِى عَنْهُ, وَاقْدُرْلِى الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِنِى بِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٌ, وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Klik sini untuk dapatkan dalam format pdf