Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Kaifiat Solat Istikharah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين. والصلاة والسلام على رسول الأمين وعلى آله وصحبه أجمعين. أما بعد,

Maka kami ingin pula memberikan kaifiat membuat solat istikharah buat saudara-saudari sekelian. Setelah ramai yang bertanyakan kami cara-caranya dan doanya maka kami lampirkan di bawah ini cara-cara serta doa dan bagaimana mengetahui sesuatu itu petunjuk daripada Allah SWT. Sebelum itu kami ingin menerangkan dahulu serba-sedikit sebelum kita melakukan sembahyang sunat istikharah ini.

Perlu diingatkan bahawa apabila kita membuat solat sunat istikharah ini adalah termasuk di dalam sebahagian daripada usaha kita untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah SWT atas sesuatu perkara yang harus di sisi syarak. Adapun perkara yang wajib, haram, makruh, sunat itu tidak perlu kepada beristikharah kerana sudah jelas bagi kita. Kami berikan beberapa contoh buat panduan kita bersama :-

  1. Jika kita menghadapi masalah dalam memilih jodoh di antara seorang bakal suami/isteri yang dikenali dengan warak, baik budi pekerti, taat kepada agama dengan suami/isteri yang dikenali dengan tidak menutup aurat, sosial, tidak kisah kepada agamanya; maka anda tidak perlu susah-susah untuk beristikharah kerana sudah jelas melalui hadis Rasulullah SAW menyeru kita memilih orang yang berpegang teguh pada agamaNya.


  2. Jika kita menghadapi masalah antara hendak bekerja sebagai pegawai untuk syarikat arak atau rokok atau pelayan di hotel dan bekerja sebagai pemandu van kanak-kanak atau pemandu bas; maka di sini pun sudah jelas bahawa bekerja sebagai pemandu van dan bas itu lebih mematuhi syarak.


  3. Di antara hendak pergi menonton wayang bersama kekasih ataupun pergi berkelah bersama keluarga, maka inipun tidak perlu kepada istikharah.


Contoh yang kita kehendaki untuk buat istikharah adalah dalam masalah seperti berikut :-

  1. Hendak menyambung pelajaran di antara IPT A atau IPT B.
  2. Hendak memilih antara matapelajaran A atau B yang selain daripada matapelajaran yang melalaikan seperti nyanyian, sukan, dan lain-lain.
  3. Hendak memilih antara calon isteri/suami A dan B yang kufu dengan kita yang kedua-duanya taat pada agama.
  4. Hendak memilih antara pekerjaan A dan B yang kedua-duanya harus di sisi syarak.
  5. Dan berbagai-bagai lagi perkara yang kita menjadi keliru yang harus di sisi syarak.


Kemudian ada baiknya kami terangkan juga bahawa untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT ini bukanlah dengan hanya sekali beristikharah sahaja(walaupun ada yang terus dapat petunjuk dengan sekali beristikharah sahaja), bahkan ada yang berkali-kali melakukannya. Ada kes yang kami kendalikan, memerlukan masa sehingga 2-3 minggu barulah di tunjuki oleh Allah, bahkan mungkin berbula-bulan atau bertahun-tahun. Yang penting di sini ialah usaha kita melakukannya tanpa henti dan sentiasa berharap kepada hidayah NYA.

Juga kami ingin jelaskan di sini, ketika hendak melakukan solat sunat istikharah ini, hendaklah mengosongkan hati daripada selain daripada Allah SWT. Hanya Allah SWT semata-mata yang ada di dalam hati kita. Contohnya :-

Zaid hendak memilih calon isteri antara A dan B. Zaid lebih berkenan pada si B, jadi hati Zaid sentiasa mengingati si B. Dalam situasi ini boleh berlaku dua keadaan :-

  1. Selepas beristikharah, si Zaid akan mengatakan si B adalah calon isterinya yang terbaik kerana hatinya berat kea rah si B, ini tentu sekali berlaku kerana si Zaid amat meminati si B. Ini bukanlah petunjuk daripada Allah SWT bahkan gerak hati si Zaid semata-mata.
  2. Selepas beristikharah, si Zaid ditunjuki Allah bahawa si A adalah calon isterinya namun kerana gerak hatinya berat ke arah si B maka si Zaid akan mengatakan bahawa petunjuk ini tidak benar atau dia masih tidak mendapat petunjuk. Ini pun tentu saja kerana dalam hati si Zaid hanya ada si B.


Dalam dua situasi di atas maka yang ada hanya gerak hati atau perasaan si Zaid sahaja bukanlah petunjuk daripada Allah SWT. Sepatutnya bagi Zaid ialah membuang kedua-dua antara si A dan B, hanya mengharapkan petunjuk Allah SWT.

Perlu juga di fahami bahawa segalanya terletak di bawah takluk Allah SWT. Jika kita telah beristikharah dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT dan kita berharapan tinggi bahawa itu adalah yang terbaik bagi kita namun terjadi sebaliknya maka perlulah kita fahami bahawa samada Allah SWT sedang menduga kita ataupun kita berpegang bahawa Allah SWT lebih mengetahui segala urusanNYA, kita hanya berusaha dan berdoa.

Baik, kaifiatnya seperti berikut :-

  1. Lafaz niat,

    أُصَلِّى سُنَّةَ الْإِسْتِخَارَةَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
    "Sahaja aku bersembahyang sunat istikharah, dua rakaat kerana Allah Taala"


  2. Membaca Al-Fatihah dan Surah al-Kafirun pada rakaat pertama.


  3. Membaca al-Fatihan dan Surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.
  4. Selepas memberi salam, baca :-
    1. Istighfar 100 kali.
    2. Selawat 100 kali(sebaik-baiknya selawat Fatih). -Anda boleh melihat lafaz selawat di dalam kategori Selawat Fatih didalam blog ini-


  5. Kemudian membaca doa ini :-


    بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, حَمْدًا حَامِدِينَ, حَمْدًا شَاكِرِينَ, حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ, يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنجِينَا بِهَا مِن جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ, وَتَقْضِى لَنَا بِهَا جَمِيعِ الْحَاجَاتِ, وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِن جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ, وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِندَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ, وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِن جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ, فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ, وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا كَثِيرًا.

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ, وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ, وَأَسْئَلُكَ مِن فَضْلِكَ الْعَظِيمِ, فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ, وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ, وَأَنتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ.

اللَّهُمَّ كُلُّ مَا عَزَمْتُ عَلَيْهِ, وَنَوَيْتُ فِعْلَهُ مِن سَائِرِ الْأُمُورِ وَالْأَشْيَاءِ فِى هَذَا الْيَوْمِ.

اللَّهُمَّ إِن كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ............(سبوت حاجة دسيني. مثال سفرت أَنَّ هَذَا السَّفَرَ أَوْ هَذِهِ التِّجَارَةَ أَو أَنَّ هَذَا النِّكَاحَ (مقصودث : بهوا إين فرجالنن, أتو إين فرنيضأن, أتو إين نكاح) خَيْرٌ لِى فِى دِينِى, وَدُنْيَايَ, وَمَعاَدِى, وَمَعَاشِى, وَعَاقِبَةِ أَمرِى, وَعَاجِلِهِ وَآجِلِهِ, فَاقْدُرْهُ لِى وَيَسِّرْهُ لِى, ثُمَّ بَارِكْ لِى فِيهِ.

اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ............(سبوت حاجة دسيني) شَرٌّ لِى فِى دِينِى, وَدُنْيَايَ, وَمَعَادِى, وَمَعاَشِى, وَعَاقِبَةِ أَمْرِى, وَعَاجِلِهِ وَآجِلِهِ, فَاصْرِفْهُ عَنِّى وَاْصْرِفْنِى عَنْهُ, وَاقْدُرْلِى الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِنِى بِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ.

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٌ, وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Klik sini untuk dapatkan dalam format pdf

Kenali Darah Anda

Darah adalah tisu konektif dalam bentuk cecair. Isipadu darah dalam badan orang dewasa ialah 6-8 liter. Kandungan darah adalah 45% pepejal yang terdiri dari sel dan 55% cecair yang dikenali sebagai plasma. Sel darah terbahagi kepada 3 iaitu sel darah merah (erythrocytes), sel darah putih (leukocytes) dan sel pembeku (platlet).


Sel darah merah
Di dalam sel darah terdapat rangkaian yang dikenali stroma yang mengandungi hemoglobin. Hemoglobin mengandungi bahan protein (globin) dan zat besi (hematin). Fungsi hemoglobin ialah memerangkap oksigen ke dalam sistem darah. Selain itu, hemoglobin juga merupakan pembawa warna kepada darah iaitu warna merah.

Pembentukan sel darah merah adalah bermula dari sumsum tulang (red bone marrow) yang terdapat di hujung tulang panjang (long bone)* dan tulang leper (flat bone)*. Dalam proses pembentukan dan kematangan, sel darah merah memerlukan zat besi, protein, vitamin c, vitamin b12 dan hormon tiroksin.

Jangka hayat sel darah merah ialah 90-120 hari dan sel yang tua akan dimusnahkan dalam limfa. Zat besi dari sel yang telah dimusnahkan akan disimpan di dalam hati (hepar) dan limfa untuk sedia digunakan semula dalam pembentukan sel darah merah yang baru. Pemusnahan sel darah merah juga menyingkirkan bahan warna (hematin) yang digunakan untuk penghasilan hempedu di hepar.


Sel darah putih
Sel darah putih juga bermula dari sumsum tulang (red bone marrow) yang terdapat di hujung tulang panjang dan tulang leper. Sel darah putih terbahagi kepada dua jenis iaitu bergranul (granulytes) dan tidak bergranul (agranulytes). Sel darah putih bergranul adalah sel darah putih jenis bernuklues dan sel darah putih tidak bergranul adalah sel darah putih jenis limfatik.

Sel darah putih bergranul terbahagi 3 iaitu neutrofil (netrophils), eosinofil (eosinophils) dan basofil (basophils). Sel darah putih jenis ini merupakan fagosit. Fagosit berfungsi menelan mikroorganisma yang menyerang tubuh dan memerangkap serta memusnahkan tisu mati. Amnya neutrofil bertindak menelan dan memusnahkan bakteria serta menyediakan pertahanan badan yang penting terhadap jangkitan. Eosinofil pula berfungsi memakan zarah-zarah asing dalam badan dan terlibat dalam gerak balas alergi atau alahan. Manakala Basofil berupaya memakan bahan-bahan asing dan mengandungi histamin serta heparin.

Sel darah putih tidak bergranul pula terbahagi kepada 2 iaitu limposit (lymphocytes) dan monosit (monocytes). Limfosit terdapat dalam nodus-nodus limfa, limfa, kelenjar timus (thymus gland), dinding usus dan sumsum tulang. Limposit terlibat dalam keimunan dan boleh terbahagi kan kepada 2 iaitu limposit-B (B-lymphocytes) dan limposit-T (T-lymphocytes). Limposit-B berfungsi dalam penghasilan antibodi dan manakala limposit-T pula terlibat dalam penolakan graf_memori sesuatu sistem. Selain itu,monosit pula berfungsi menelan zarah-zarah asing seperti bakteria dan puing tisu. Monosit boleh dikenali sebagai vacum atau mikrofraj (microphage). Mikrofraj ialah sel yang menelan unsur-unsur asing atau tidak digunakan di dalam metabolisma sel.


Sel pembeku
Saiznya 1/4 daripada saiz sel darah merah, berjumlah 250, 000 - 350, 000 sel dalam 1 milimeter padu darah. Sel ini mempunyai nuklues dan bentuknya tidak tentu. Ia juga dihasilkan di sumsum tulang (red bone marrow). Apabila tisu tercedera, sel ini akan berpecah dan menghasilakan trombokinase atau tromboplastin dengan kehadiran iron kalsium untuk mengelakkan pembekuan darah dan menghentikan pendarahan pada luka.

Tuntasnya, fungsi sel darah merah adalah mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh tisu badan. Selain itu, sel darah berfungsi memindahkan bahan kumuh dari tisu badan untuk disingkirkan keluar. Contohnya, pengangkutan gas karbon dioksida ke paru-paru, urea ke ginjal, air dan mineral ke permukaan kulit, ginjal dan paru-paru. Sel darah merah juga berfungsi membawa hormon dan enzim ke organ atau struktur tertentu. Manakala sel darah putih membentuk antibodi badan untuk melawan jangkitan. Dan sel pembeku membantu dalam proses pembekuan darah dalam kecederaan.

Umumnya, pengaliran darah membantu dalam pengawalan suhu badan (37'C), pemusnahan sel darah merah menghasilkan bahan pewarna cecair hempedu, najis dan urin (hematin).

*long bone - Femur, Hemerus, Ulna, Radius, Tibia dan lain-lain.
*flat bone - scapula, sternum,clavicle dan lain-lain

Usul Tafsir 1

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين فهو رب العرش العظيم الذى يُصلّ على النبى. والصلاة والسلام محقق على رسول الله صلى الله عليه وسلم حق قدره ومقدره العظيم, وعلى آله أطهار وأصحاب الأخيار.

وقال الله تعالى : لِكُلِّ شَىْءٍ سَبَبَ. أما بعد,

Alhamdulillah, sebanyak-banyak pujian buat Allah SWT yang telah mentaufikkan saya untuk menulis berkaitan asbabun nuzul,cabang daripada ilmu usul tafsir atau ulum tafsir atau madkhal tafsir.

Selawat dan salam juga kepada Sayyidina Muhammad SAW yang menyampai Al-Quran kepada kita sebagai petunjuk ke jalan yang benar.

In sya Allah saya akan menulis tajuk ini secara bersiri. Tidak ditetapkan pula nak tulis seminggu sekali atau sebulan sekali atau setiap hari...hehe Jadi lebih tepatnya bergantung kepada keadaan dan masa serta taufik daripada Allah SWT.

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi perlu kita fahami bahawa ayat Quran ada dua jenis :-

  1. Diturunkan daripada Allah SWT sebagai permulaan yang tidak berhubung kait dengan suatu sebab pun daripada beberapa sebab yang khas. Hanya sanya adalah ia sebagai petunjuk yang tulin untuk makhluk kepada yang sebenar. Iaitulah banyak sekali, tidak berhajat kepada perbahasan dan penerangan.
  2. Diturunkan berhubung kait dengan sebab daripada sebab-sebab yang khas. Iaitulah tajuk bahasan kita sekarang. Tidaklah kita kehendaki bahawa membincangkan kesemua ayat yang datang dengan sebab. Maka demikian itu hasrat yang tinggi.

Sesungguhnya telah mengutus baginya ramai ulamak yang mengkhususkan tajuk ini dengan tulisan-tulisan mereka. Sebahagiannya :-

  1. Ali bin Al-Madini, guru Imam Bukhari.
  2. Al-Wahidi.
  3. Al-Ja'abari.
  4. Ibnu Hajar.
  5. As-Suyuthi, yang menempatkan pada kitabnya yang lengkap "Lubabun Nuzul fi Asbabun Nuzul".

Kita mulakan dengan.....

Makna Asbabun Nuzul :

  • Asbabun أسباب = sebab, jamak daripada perkataan sababun سبب.
  • An-Nuzul النزول = turun,penurunan daripada perkataan nazala نزل.


  • Asbabaun Nuzul أسباب النزول = sebab-sebab bagi penurunan (ayat Al-Quran).


  • Dikehendaki disisi ahli Tafsir ialah = perkara (sebab) diturunkan sesuatu ayat atau beberapa ayat yang mengulas tentang sesuatu peristiwa atau menerangkan bagi hukum ketika berlakunya (perisitiwa tersebut).

  • Yakni, bahawasanya apabla berlaku sesuatu peristiwa yang di zaman Rasulullah SAW atau persoalan yang diajukan kepada Baginda, maka diturunkan ayat daripada Allah SWT menjelaskan perkara yang bersangkut dengan peristiwa tersebut atau jawapan bagi persoalan yang ditimbulkan.

  • Samada peristiwa itu perdebatan yang berlanjutan seperti pertelingkahan di antara kaum Aus dan Khazraj berkaitan rancangan jahat daripada musuh Allah kaum Yahudi hingga saling bertikam lidah, "Perang,Perang".

    • Maka turun dengan sebab itu ayat ini yang menjadi hukum dalam Surah Ali Imran : 100,


      يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ

      100. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.


    • Iaitu sebagai peringatan supaya menjauhkan diri daripada berpecah dan perselisihan dan menggalakkan kepada kasih sayang dan bersatu padu.

  • Ataupun samada adalah ketika itu terdapat perbuatan salah yang keji yang dilakukan, seperti orang mabuk di dalam solat iaitu seorang yang bersolat pada ketika mabuknya kemudian membaca surah selepas membaca surah Al-Fatihah,


    "قٌلْ يَـٰۤأَيُّهَا الْكَافِرُونَ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ"

    Katakanlah (Sayyidina Muhammad), Wahai orang-orang kafir, aku menyembah apa yang kamu sembah.


    • Hal keadaanya membuang lafaz "لا" daripada "لا أعبد" maka turunlah ayat Surah An-Nisak : 43,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

43. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.


  • Ataupun adalah ia pujian atau kejian seperti kesamaan Sayyidina Umar yang telah mengkhususkan sebahagian ulamak dalam tulisan-tulisan mereka. Seperti apa yang dikeluarkan oleh Imam Al-Bukhari :-

"Berkata Umar : Telah bersamaan tuhanku pada tiga perkara :-

  1. Ketika aku berkata kepada Rasulullah SAW eloklah jikalau kita mengambil Maqam Ibrahim AS sebagai tempat sembahyang, maka turun ayat Surah Al-Baqarah : 125,

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

125. dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat Yang aman; dan Jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari Segala perkara Yang dilarang) untuk orang-orang Yang bertawaf, dan orang-orang Yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang Yang rukuk dan sujud".


  1. Ketika aku berkata kepada Rasulullah SAW, sesungguhnya isteri-isteri kamu masuk menemui mereka oleh orang yang baik dan yang jahat. Maka eloklah jikalau Engkau menyuruh akan mereka bahawa mereka berhijab. Maka turun ayat hijab, Surah Al-Ahzab : 53,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَنْ يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانْتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ يُؤْذِي النَّبِيَّ فَيَسْتَحْيِي مِنْكُمْ وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا

53. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu masuk ke Rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan Dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu Yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang Dengan berbual-bual. Sesungguhnya Yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. dan apabila kamu meminta sesuatu Yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. cara Yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin Dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.


  1. Ketika aku bersama Rasulullah SAW, isteri-isteri Baginda SAW cemburu maka aku berkata :

    عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا

    5. boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri Yang lebih baik daripada kamu, - Yang menurut perintah, Yang ikhlas imannya, Yang taat, Yang bertaubat, Yang tetap beribadat, Yang berpuasa, - (meliputi) Yang janda dan Yang anak dara.


    Maka turun seperti itu, Surah Al-Tahrim : 5.


  • Ataupun samada ketika itu terdapat soalan yang ditujukan Rasulullah SAW berhubung :-


    • perkara yang telah lalu seperti firman Allah SWT :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا

83. dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":


  • perkara yang sedang berlaku seperti di dalam Surah Al-Israk : 85,

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

85. dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".


  • perkara yang akan datang seperti dalam Surah An-Nazi-'at : 42,

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا

42. mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"


Wallahu A-'alam.

Setakat ini sahaja untuk kali ini, In Sya Allah akan disambung di kesempatan yang lain.

و صلى الله على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم و على آله وصحبه أجمعين. والحمد لله رب العالمين.


Rujukan :

1) Al-Quranul Karim

2) Al-Hadis

3) Kamus al-Miftah Mukjam 'Asri -Mohd Khair Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin, Mohd Fuad Mohd Isa.

4) Kamus Idris Al-Marbawi - Syeikh Al-Alim Muhd Idris Abd Rauf Al-Marbawi.

5) Ilmu Tafsir - Syeikh Mawardi Muhd.

6) Manahilul 'Irfan fi 'Ulumil Quran - Syeikh Muhammad Abdul Azim Al-Zurqaani.


Amalan untuk memperoleh jodoh atau anak :-


1) Membaca Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam,Keluarga Baginda, Sahabat Baginda, Tabi',Tabi'ul Tabi'in,Auliyak, Ulamak, Guru-Guru Kita Dan Sekelian Muslimin dan Muslimat:-


أ َعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. ٱهْدِنَا الصِّرَ ٰطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَ ٰطَ الَّذِينَ أ َنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّـاۤ لِّينَ. آمين.


2) Membaca Selawat al-Fatih 30 kali :-



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ. 30 كالي



3) Membaca doa :-


رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ.


Ya tuhanku, janganlah engkau birakan daku seorang diri (tanpa anak) dan Engkau sebaik-baik yang mewarisi.


4) Juga doa :-


رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ.

Ya tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (memperkenan) doa permohonan.


5) Juga doa :-


أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوۤاْ أَنَّ السَّمَـٰواتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَـٰهُمَا, وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّ, أَفَلاَ يُؤْمِنُونَ.


Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu adalah keduanya pada asalnya bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami pisahkan keduanya dan Kami jadikan dari air tiap-tiap sesuatu yang hidup? Maka mengapa tidak mahu beriman?


6) Doa ini baca 7 kali :-

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ بَيْنَ الْكَافِ وَالنُّونِ, سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ. أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَن يَشْفِيَكَ.



7) Solat Hajat 2 raka'at, sebaik-baiknya pada 1/3 malam :-


Raka'at pertama : Surah Al-Kafirun

Raka'at kedua : Surah Al-Ikhlas

Doa solat hajat :


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, حَمْدًا حَامِدِينَ, حَمْدًا شَاكِرِينَ, حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ, يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنجِينَا بِهَا مِن جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ, وَتَقْضِى لَنَا بِهَا جَمِيعِ الْحَاجَاتِ, وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِن جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ, وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِندَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ, وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِن جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ, فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ, وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا كَثِيرًا.


اللَّهُمَّ يَا مُؤْنِسَ كُلَّ وَاحِيدٍ, وَيَا صَاحِبَ كُلَّ فَرِيدٍ, وَيَا قَرِيبًا غَيْرَ بَعِيدٍ, وَيَا شَاهِدًا غَيْرَ غَائِبٍ, وَيَا غَالِبًا غَيْرَ مَغْلُوبٍ, أَسْئَلُكَ بِاسْمِكَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ, الْحَىِّ الْقَيُّومِ, الَّذِى لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ, أَسْئَلُكَ بِاسْمِكَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ, الْحَىِّ الْقَيُّومِ, الَّذِى عَنَتْ لَهُ الْوُجُوهُ, وَجَشَعَتْ لَهُ الْأَصْوَاتُ, وَوَجِلَتْ مِنْهُ الْقُلُوبُ, أَن تُصَلِّيَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ, وَأَن تَجْعَلَ لِى مِن أَمْرِى فَرَجًا وَمَخْرَجًا, وَتَقْضِيَ حَاجَتِى.................(سبوت حاجة) يا الله, يا الله, يا الله, أَنتَ الله, بَلَى وَالله, أَنتَ الله, لاَ إِلَـٰهَ إِلاَّ أَنتَ, الله, الله, الله, والله, إِنَّهُ لاَ إِلَـٰهَ إلاَّ اللهُ, اِقْضِ حَاجَتِى.................(سبوت حاجة) وَارْزُقْنِى.


اللَّهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ, كَاشِفَ الْغَمِّ, مُجِيبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّينَ, رَحْمَـٰنَ الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةْ, أَسْئَلُكَ أَن تَرْحَمَنِى رَحْمَةً مِنْ عِندِكَ تُغْنِينِى بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مِن سِوَاكَ.


لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ, يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ, يَا دَائِمُ, يَا فَرْدُ, يَا وِتْرُ, يَا أَحَدُ, يَا مَالِكَ الْمُلْكِ, يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالْإِكْرَامِ, بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ.


سُبْحَانَ الَّذِى لَبِسَ الْعِزَّةَ وَقَالَ بِهِ, سُبْحَانَ الَّذِى تَعَطَّفَ بِالْمَجْدِ وَتَكَرَّمَ بِهِ, سُبْحَانَ الَّذِى أَحْصَى كُلَّ شَىْءٍ بِعِلْمِهِ, سُبْحَانَ الَّذِى لاَ يَنبَغِى التَّسْبِيحُ إِلاَّ لَهُ, سُبْحَانَ ذِى الْمَنِّ وَالْفَضْلِ, سُبْحَانَ ذِى الْعِزِّ وَالْكَرَمِ, سُبْحَانَ ذِى الطَّوْلِ وَالنِّعَمِ, أَسْئَلُكَ بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِكَ, وَمُنتَهَى الرَّحْمَةِ مِن كِتَابِكَ, وَبِاسْمِكَ الْأَعْظَمِ, وَجَدِّكَ الْأَعْلَى, وَكَلِمَاتِكَ التَّامَّاتِ الَّتِى لاَيُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلاَ فَاجِرٌ, أَن تُصَلِّيَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ وَعَلىَ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ, وَأَن تَقْضِيَ حَاجَتِى.................(سبوت حاجة) ياَ قَاضِيَ الْحَاجَاتِ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.


اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْئَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ, وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ, وَالسَّلاَمَةَ مِن كُلِّ إِثْمٍ, وَالْغَنِيمَةَ مِن كُلِّ بِرٍّ, وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ, وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ.


يَا رَبَّنَا لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ, وَلاَ هَمًّا إلاَّ فَرَّجْتَهُ, وَلاَ كَرْبًا إِلاَّ نَفَّسْتَهُ, وَلاَ عَدُوًّا إِلاَّ أَهْلَكْتَهُ, وَلاَ مَرِيضًا إِلاَّ شَفَيْتَهُ, وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ, وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةِ, هِيَ لَكَ رِضًا, وَلَنَا فِيهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا, يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ, وَيَا أَكْرَمَ الْأَكْرَمِينَ.


اللَّهُمَّ إِنِّى أَسَأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, نَبِيِّ الرَّحْمَةِ, يَا سَيِدِنَا مُحَمَّدُ, يَا نَبِيَّ الرَّحْمَةِ, إِنِّى تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّى فِى حَاجَتِى هَذِهِ لِتُقْضَى.................(سبوت حاجة) اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ, وَشَفَّعْنِى فِى نَفْسِى.


وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ


Sila klik di sini untuk mendapatkan dalam format pdf.




Selawat 3

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين فهو رب العرش العظيم الذى يُصلّ على النبى. والصلاة والسلام محقق على رسول الله صلى الله عليه وسلم حق قدره ومقدره العظيم, وعلى آله أطهار وأصحاب الأخيار.

Alhamdulillah, setelah sekian lama chek terpaksa berhenti dari menulis artikel berkenaan selawat ini kerana terpaksa menjalani rawatan di hospital, kini chek ingin menyambung sikit tajuk ini. Sudah lama terbuku dalam hati untuk menyambung tajuk ini dan dengan taufik dari Subhanahu Wa Taala boleh juga chek menyambung tajuk ini. Tambahan pula esok adalah hari jumaat, jadi amat sesuai chek menyentuh sikit tajuk ini.

Jadi, untuk kali ini chek nak menjawab atau menjelas sedikit kekeliruan dan keraguan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat chek yang kerap bertanyakan kepada chek soalan-soalan yang lebih kurang beginilah bunyinya :-

  1. Kami dah berselawat tapi kenapa hati masih tak tenang? Bukankah selawat dapat menenangkan hati?
  2. Kami dah berselawat tapi masih menjadi pemarah.
  3. Kami dah berselawat tapi hajat kami masih tak tercapai.
  4. Kami dah berselawat tapi penyakit kami masih tak sembuh.
  5. Kami dah berselawat tapi susah juga nak mengaji.
  6. Kami dah berselawat tapi masih tak berupaya untuk melakukan ibadat.
  7. Kami dah berselawat tapi masih melakukan maksiat.
  8. Kami dah berselawat tapi kenapa rezeki tak melimpah seperti yang dijangka?
  9. Kami dah berselawat tapi kenapa masih tak mendapat jodoh?
  10. Dan berbagai-bagai soalan yang berkaitan permasalahan selawat.


Justeru, seperti yang kita ketahui, selawat ini mempunyai berbagai-berbagai kelebihan dan manfaat. Tidak kira apa jenis atau nama selawat yang anda amalkan, semua itu adalah bagus. Contohnya seperti Selawat Tafrijiyyah dapat memudahkan urusan, Selawat Syifak dapat menyembuhkan penyakit, Selawat Anwariyyah dapat memudahkan mendapat ilmu, Selawat Fatih dapat merungkaikan segala kesulitan, Selawat Munjiyah dapat menunaikan hajat. Dan beratus atau beribu jenis selawat-selawat yang lain. Jika hendak mengamalkan semua selawat yang terdapat di atas muka bumi ini kemungkinan kita tak mampu dengan lemahnya himmah(keazaman) dan kesibukan kita mengejar urusan dunyawi, maka cukuplah di amalkan 1 atau 2 selawat tetapi secara istiqamah(konsisten). Jangan ditinggalkan dan jangan bersemangat untuk mengamalkannya secara banyak sekaligus kemudian terus hi-hi bye-bye.

Maka chek dengan penuh rendah diri dan berharap kepada hidayah dan taufik daripada Allah Jalla Jalaluh akan cuba menjawab segala permasalahan ini dengan ilmu yang sedikit yang chek ada nih...

Begini sahabat chek sekelian, pertama sekali kita kena fahamkan bahawa kesemua kelebihan dan manfaat itu akan terlaksana dengan izin Allah jua. Bukanlah bermakna apabila membaca selawat syifak maka selawat syifak yang menyembuh atau Rasulullah SAW yang menyembuh tetapi Allah Subhanahu Wa Taala lah yang menyembuh.

Janganlah menjadi seperti suatu puak yang menyatakan bahawa syirik mengamalkan Selawat Syifak umpamanya kerana kita mengatakan bahawa Rasulullah SAW yang menyembuh, bukannya Allah Subhanahu Wa Taala yang menyembuh. Amat dangkal dan cetek sungguh kefahaman mereka, tetapi mendabik dada, bercakap dan berpakaian umpama ulamak pada zahirnya.

Baik, chek tidak ingin memanjang perbahasan mengenai puak ini kerana sudah banyak tulisan karangan ulamak-ulamak tersohor menyentuh perkara ini.

Oleh itu, sahabat-sahabat perlu memahami bahawa membaca selawat ini hanya menjadi asbab(sebab) sahaja untuk membolehkan kita mendapatkan sesuatu hajat contohnya. Maka apabila kita mengalami kepayahan dalam sesuatu perkara, sudah banyak ikhtiar yang kita lakukan namun masih tidak berjaya tetapi dengan hanya membaca satu kali selawat sahaja dapat menguraikan kepayahan tersebut. Adakah selawat tersebut yang menguraikan kepayahan tersebut?? Sudah mestilah tidak, Allah SWT yang menguraikan kepayahan tersebut dengan sebab kita membaca selawat. Jadi dengan berkat membaca selawat dan dengan berkat kita memuji Rasulullah SAW dan dengan kemuliaan diri Rasulullah SAW, tuan punya selawat, Allah SWT pun memudahkan kepayahan kita tadi.

Kemudian perlu juga kita fahami bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT, jika kita membaca 100 000 kali selawat pun, tetapi tidak diizinkan oleh Allah SWT maka tidak akan berhasil kehendak kita itu. Semuanya adalah dengan kehendak Allah SWT jua. Maka janganlah berputus harap dari nikmat dan rahmat Allah SWT, kerana walaupun tidak tertunai hajat seperti yang kita kehendaki namun Allah SWT lebih mengetahui apa-apa yang lebih baik bagi diri kita. Tetapi, teruslah berselawat dan berusaha kerana Allah SWT itu sangat pengasih, DIA tidak akan membebankan hambaNYA.

Sedikit sambungan dari perkara ini chek ingin menerangkan bahawa, setiap yang berlaku terdapat dalam ilmu Allah SWT, dalam kekuasan Allah SWT, dan dalam kehendak Allah SWT. Jadi setiap perkara yang berlaku ini di dalam Qada' dan Qadar Allah SWT seperti yang kita sedia imani(percayai). Cumanya chek ingin beritahu di sini bahawa, takdir Allah itu terdapat dua bentuk :-

  1. Takdir Mubram
  2. Takdir Mu-'allaq


Takdir Mubram = takdir yang tidak boleh diubah yakni setiap urusan yang terdapat dalam takdir mubram tidak akan berubah sekali-kali. Contohnya jika Allah SWT telah menetapkan bahawa kita akan mati pada jam 12 pagi, hari Khamis, 20hb Februari 1429H, akibat serangan jantung, di rumah mertua, ketika sedang makan, maka tetap akan berlaku perkara sedemikian, tidak kira apa usaha yang kita buat. Takdir ini tidak berubah sama sekali.


Takdir Mu-'allaq = takdir yang tergantung yakni bergantung kepada sesuatu sebab yakni takdir yang boleh berubah-ubah bergantung kepada usaha dan doa makhluk. Setiap takdir sudah ditetapkan oleh Allah SWT dan terdapat di dalam ilmuNYA, jangan tersilap faham dengan mengatakan Allah SWT tidak tahu atau baru mengubah takdir kita. Contoh takdir ini adalah seperti :- Allah telah menetapkan bahawa kita akan cedera parah akibat kemalangan pada jam 12 pagi, hari Khamis, 20hb Februari 1429H, akibat perlanggaran dengan lori, di lebuhraya utara-selatan, ketika sedang membonceng motosikal, tetapi disebabkan kita berusaha makan menservis motosikal kita dan membawa dengan penuh cermat serta berdoa kepadanya sebelum membonceng motosikal tersebut maka, Allah SWT mengubah daripada mati kepada cedera ringan akibat perlanggaran dengan motosikal juga. Jadi, takdir akibat dilanggar tetap terjadi namun diringankan daripada dilanggar lori kepada dilanggar motosikal, daripada cedera parah kepada cedera ringan. Ini dikatakan takdir mu-'allaq.

Berbalik kepada persoalan asas kita, jadi setiap yang berlaku itu samada berada di bawah takdir mubram atau di bawah takdir mu'allaq, kita sendiri tidak mengetahui, hanya Allah jua yang Maha Mengetahuinya cumanya wajib atas kita berusaha dan berikhtiar. Jadi membaca selawat termasuk salah satu jalan kita berusaha selain usaha fizikal yakni jika kita sakit kepala contohnya, maka di samping makan ubat sakit kepala kita pun berselawat memohon kepada Allah SWT supaya di sembuhkan dari penyakit tersebut.

Oleh yang demikian, apabila kita membaca selawat tetapi tidak seperti yang kita harapkan maka boleh jadi dua kemungkinan :-

  1. Samada Allah telah tetapkan perkara yang berlaku itu tetap akan berlaku.
  2. Samada Allah SWT telah mengubah dari perkara yang lebih buruk berlaku kepada perkara yang berlaku itu.


Apa-apa kemungkinan pun, kita terimalah dengan redha dan syukur kerana itulah yang terbaik daripada Yang Maha Mengetahui kepada kita. Janganlah berputus asa atau berasa gundah gulana kerana hajat kita tak dipenuhi. Terus menerus berselawat dan berusaha.

Seterusnya, niat kita semasa membaca selawat tersebut. Selalunya yang berlaku kita membaca selawat ini atas niat-niat tertentu dan berkehendak supaya terjadi seperti yang kita kehendak bukannya seperti yang Allah SWT yang kehendak. Jadi saya menasihatkan kepada sahabat-sahabat, bacalah selawat ini kerana dua perkara ini :-

  1. Menghambakan diri kepada Allah SWT yakni ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Jadi ikhlas bukan perkara yang nampak atau boleh di tuturkan dengan lidah. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Kita sendiri pun tidak tahu adakah kita benar-benar ikhlas.
  2. Kerana kasih kepada Rasulullah SAW. Bacalah selawat dengan dasar mahabbah(kecintaan) kepada Rasulullah SAW kerana sudah sedia maklum Rasulullah SAW sangat-sangat menyayangi umat Baginda sehinggakan ketika sakaratul maut(di ambang kematian) pun Rasulullah SAW menyebut "Umatku, Umatku" kerana kasih Baginda tidak terhingga kepada umatNya. Adalah amat malang bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atas Baginda dalam sehari walaupun satu kali. Sungguh lemah dan sungguh tidak terpancar rasa kasih kepada Rasulullah SAW.


Justeru itu, bacalah selawat atas dua dasar ini, jangan mencampur aduk dengan niat-niat yang lain walaupun harus berbuat demikian. Namun seelok-eloknya biarlah Yang Maha Mengurus dan Mengetahui, mengurus urusan kita, DIA lebih mengetahui yang mana TERBAIK buat diri kita.

Jika difikir-fikirkan, bagaimana kita boleh meletakkan hajat duniawi di dalam hati kita sedangkan tempat di hati itu hanya untuk Allah SWT dan RasulNYA. Kita boleh mengongsi tempat untuk Allah Jalla Jalaluh dan Rasulullah Al-Mukhtar
dengan kehendak duniawi? Layakkah sedikit kehendak duniawi itu jika dibandingkan dengan martabat Ketuhanan Allah SWT dan martabat Kerasulan Rasulullah SAW?? Anda sendiri boleh menjawab persoalan ini rasanya....

Kesimpulannya, berselawatlah atas Rasulullah SAW tidak kira apa keadaan, di mana kita berada, atas apa situasi dan berterus-terusan berselawat kepada Baginda, janganlah kita meninggalkan amalan yang mulia ini di samping membaca Al-Quran dan ibadat-ibadat fardhu yang lain. Allah SWT tidak akan memerintahkan kita berselawat melainkan ada hikmah dan ganjaran dan manfaat yang khusus serta mulia di sisiNYA.

Tidak mahukah kita bertemu dengan Rasulullah SAW
di masa kita hidup ini samada secara mimpi atau nyata?? Tidak teringinkah kita melihat rupa paras makhluk Allah SWT yang sebaik-baiknya. Tidak terdetikkah hati kita untuk menjadi umat Baginda SAW
yang terbaik yang sentiasa berada di sisi Baginda SAW
selalu? Jika sahabat-sahabat ada keinginan ini, chek ucapkan tahniah kerana Allah SWT telah membuka hati anda untuk mendekatkan diri kepadaNYA dan kepada RasulNya.

Terus-meneruslah berselawat atas Baginda Rasulullah SAW. Sesungguhnya selawat itu sangat besar ganjarannya. Sesiapa yang mengetahui kelebihan selawat yang sangat besar itu pasti tidak akan meninggalkan berselawat dengan mudah-mudah.

Akhir kalam, chek memohon ampun dan maaf jika tersalah dan tersilap dalam menulis artikel ini. Chek juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat chek yang memberi sepenuh kepercayaan kepada chek selama ini.


و صلى الله على سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد صلى الله عليه وسلم و على آله وصحبه أجمعين. والحمد لله رب العالمين


Klik di sini untuk dapatkan dalam format pdf

Ayat Ar-Ruqyah Asy-Syar-‘iyyah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين حمدا كثيرا كما أمر. والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا ومولانا محمد المختار, وعلى آله وأصحابه الأخيار. أما بعد,

قال الله تعالى فى كتابه العزيز : وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ. صدق الله العظيم

وقال سيدنا مصطفى صلى الله عليه وسلم : مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً. صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم

Atas permintaan sahabat saya maka saya coretkan sedikit info berkaitan ayat-ayat Al-Ruqyatul Syari-'iyyah. Bukanlah saya ini ahli/mahir dalam bidang ini, hanya sebagai memenuhi permintaan sahabat saya jua. Sekiranya terdapat salah dan silap harap saudara-saudari sudi-sudilah memperbetulkan ke jalan yang sebenar setelah diteliti dengan cermat.

Apakah itu Ar-Ruqyah Asy-Syar-'iyyah (الرقية الشرعية) , mungkin ada yang pernah mendengarnya dan mungkin ada yang tak pernah mendengarnya. Di sini saya akan menerangkan secara ringkas apakah itu Ayat Ruqyah, sedikit manfaat darinya dan cara-cara mengamalkannya.


1) Makna Al-Ruqyah Al-Syar-'iyyah :-

Al-Ruqyah الرقية itu bermaksud jampi daripada perkataan Raqa رقى

Al-Syar-'iyyah الشرعية itu bermaksud yang dibangsa kepada syarak daripada perkataan syara-'a شرع

Jadi, makna Al-Ruqyah Al-Syari-'iyyah الرقية الشرعية itu ialah jampi yang dibangsa kepada syarak.


2) Sumber Ayat-Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-'iyyah = Al-Quranul Karim


3) Penjelasan mengenai Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-'iyyah :

Bahawasanya ayat-ayat ruqyah ini banyak dan terdapat dalam bermacam-macam kaifiat(cara baca). Anda mungkin melihat kaifiat ayat ruqyah daripada Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di dalam kitabnya Al-Aurad Al-Zainiyyah Al-Makkiyyah dan daripada Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, pengasas Darus-Syifak di dalam kitabnya Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa Mustajab, berbeza dengan kaifiat Ayat Ruqyah yang saya nyatakan di sini. Sesetengah Ayat Ruqyah yang terdapat dalam kitab mereka mungkin tidak terdapat dalam risalah saya ini dan sesetengah Ayat Ruqyah yang terdapat di dalam risalah saya ini tidak terdapat di dalam kitab mereka.

Begitu juga penyusunan ayat dan cara bacaannya mungkin tidak selari. Ayat-Ayat Ruqyah yang saya naqalkan di sini mengikut kaedah yang digunakan oleh Ust Abd Malek,pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Hikmah,Alor Setar, Kedah.

Jadi saya harap saudara-saudari tidak terkeliru jika terjumpa Ayat-Ayat Ruqyah yang berbeza ayatnyan, susunannya, dan cara bacaannya daripada yang saya nyatakan ini.


4) Faedah Mengamalkan Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-'iyyah :

Di sini saya naqalkan perkataan ulamak mengenai faedah mengamalkan Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-'iyyah ini. Telah berkata guru kami Al-Alim Al-Allamah As-Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki,

"Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-'iyyah ini di amalkan untuk keselamatan diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus, dan sekiranya seseorang itu dirasuk syaitan, baca ayat ini kepada orang itu maka kita akan dapat berbicara dengan makhluk tersebut dan dapat mengusirnya keluar daripada tubuh orang yang dirasuk itu. Wallahu A-'alam."


Dan telah berkata tokoh perubatan Islam serta ulamak besar Malaysia yang tidak asing lagi bagi kita, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din di dalam bukunya, Menjawab Persoalan Makhluk Halus, Kaitannya dengan Penyakit dan Pengubatannya :

"Menghindarkan diri daripada suatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai Al-Wiqayah, Al-Wiqayah adalah suatu yang dituntut oleh Islam, seperti selalu yang diungkapkan oleh kata-kata hikmah iaitu, Menjaga Diri Sebelum Berlakunya Sesuatu Yang Tidak Diingini Seperti Penyakit Adalah Lebih Baik Daripada Mengubati Penyakit.

Islam menyarankan pelbagai cara kepada manusia untuk menghindarkan diri daripada terkena perbuatan sihir. Dalam Al-Quran terdapat surah tertentu yang dibaca oleh masyarakat kita sebagai pelindung. Surah ini dikenali dengan istilah Al-Mu-'awwizaat atau tiga surah terakhir daripada Al-Quran, iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu ikhtiar untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir. Di samping itu banyak lagi ayat-ayat lain boleh diamalkan seperti Ayatul Kursi.

Kita hendaklah sentiasa mendampingi Allah Subhanahu Wa Taala, menghiasi diri dengan melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada melakukan maksiat. Ikhtiar sebegini adalah cara terbaik untuk menghindari diri daripada syaitan, sihir dan niat jahat manusia.

Al-Wiqayah merupakan cara paling berkesan untuk mengelakkan diri terkena sihir kerana jika sudah terkena, sukar untuk menghilangkannya. Semakin lama penyakit tersebut dalam diri manusia, semakin sukar dirawat." - Intaha.


Di dalam buku yang sama ketika ditanya, Bagaimanakah Ikhtiar Yang Dibenarkan Syarak Untuk Mengubati Pesakit Yang Terkena Sihir, beliau menjawab :-

"Penyakit yang disebabkan oleh sihir berlaku di alam rohani. Kebanyakan sihir di lakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam. Sihir diamalkan secara terselindung, maka sudah tentu tidak mudah untuk mengubatinya.

Antara ikhtiar untuk mengubati sihir adalah seperti berikut :

Menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk menentang sihir seperti yang telah saya(Tuan Guru Haron Din) sebutkan sebelum ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran menyentuh tentang sihir yang berlaku di alam kehidupan manusia. Contohnya ialah apabila sihir berlaku secara berleluasa pada zaman Nabi Allah Musa Alaihis Salam, baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan meminta bantuan Allah Subhanahu Wa Taala sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa Alaihis Salam.

Kitab karangan ulamak muktabar menyarankan kita membaca 11 ayat daripada Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1-5, 255-257, tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah.

Ada juga ulamak yang menyarankan agar kita membaca Surah Al-Fatihah, ayat 255 Surah Al-Baqarah, ayat 117-119 Surah Al-A'araf, ayat 79-86 Surah Yunus atau 82-83, ayat 65-69 Surah Thaha, ayat 118 Surah Al-A'araf dan ayat 70 Surah Thaha.

Ayat ini di sarankan agar dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang mengubati penyakit akibat terkena sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wa Taala."-Intaha


Oleh yang demikian fahamlah kita disini bahawa pembacaan Ayat-Ayat Ruqyah ini adalah sebagai usaha dan ikhtiar kita untuk perkara-perkara berikut :

1) Mengelak daripada gangguan makhluk halus (jin, syaitan, iblis)

2) Mengelak daripada niat jahat manusia.

3) mengelak daripada sihir.

4) Sebagai benteng pertahan diri kita.

5) Sebagai penyembuhan daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan dan sihir.

6) Sebagai salah satu jalan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

7) Sebagai salah satu cara menghindari maksiat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

5) Kaifiat membacanya. Sila klik di bawah ini untuk mendapatkan kaifiatnya.


أية رقية شرعية.pdf

Perlu juga saya terangkan di sini bahawa kepada sesiapa yang berhajat untuk mengubati pesakit, perlulah belajar dan mendapat izin, tauliah, ijazah khas daripada guru-guru yang berkaitan. Ayat-Ayat Ruqyah di sini hanya untuk diamalkan oleh diri sendiri sahaja. Sekiranya sakit berlanjutan, anda perlulah berjumpa dengan perawat-perawat Islam yang mahir dengannya.

Keberkesanan amalan ayat-ayat ini bergantung sepenuhnya kepada keikhlasan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Jangan sedikitpun di hati kita ada keraguan kepada pertolongan Allah Taala. Hanya kepada Allah Azza Wa Jalla sahajalah kita bergantung.

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ.

Dan tiada upaya (untuk mengelak daripada maksiat) dan tiada kekuatan (untuk melakukan ibadat) melainkan dengan (pertolongan) Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.


وصلى الله على سيدنا محمد و على آله وصحبه وسلم. والحمد لله رب العالمين.

Ayat Pendinding Diri

Cara membuat pendinding daripada gangguan jin,syaitan,makhluk halus dan perbuatan khianat manusia (dibaca selepas Solat Fardhu Subuh dan selepas Solat Fardhu Maghrib) :-


1. Membaca Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam,Keluarga Baginda, Sahabat Baginda, Tabi',Tabi'ul Tabi'in,Auliyak, Ulamak, Guru-Guru Kita Dan Sekelian Muslimin dan Muslimat:-


أ َعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. ٱهْدِنَا الصِّرَ ٰطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَ ٰطَ الَّذِينَ أ َنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّـاۤ لِّينَ. آمين.



2. Membaca Selawat al-Fatih 11 kali :-


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ. ١١ كالي



3. Membaca Ayatul Kursi (Waqaf 9 yakni berhenti 9 kali) dan diulang pada ayat :

وَلاَ يَؤُدُهُوحِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ

sebanyak 7 kali, selepas baca tiup/ludah ke kanan, kiri,depan, belakang, atas, bawah, dan kepada diri sendiri(telan).


اللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ (١) لاَ تَأْخُذُهُو سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ (٢) لَهُو مَا فِى السَّمَـٰوَ ٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ (٣) مَن ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُ وۤ إِلاَّ بِإِذْنِهِے(٤) يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ (٥) وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِےۤ
إِلاَّ بِمَا شَآءَ (٦) وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَـٰوَ ٰتِ وَ الْأَرْضَ (٧) وَلاَ يَؤُدُهُو حِفْظُهُمَا (٨) وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ




Kaifiat Membaca Surah Yaasiiin

Sila Klik link di bawah Untuk Mendapatkan Kaifiat Membaca Yasin